Nuffnang

Friday, 30 December 2011

MAR#6 HOPE AWAK SUKSES SELALU

assalamualaikum...


emmmm syg gua ngah sibuk study ni....almaklum la nak exam an.....ni short post je....huuuuuu~~ wa doakan lu sukses k....lu kene study tol-tol...kene fokus k.....solat jgn tinggal...doa bebanyak....doa perlu mengiringi ikhtiar....wa selalu ade ngan lu...hahahaha....make sure jgn asyik nak bergosip je.....uruskan diri sendiri dulu....baru pikirkan hal org lain....tp jangan pentingkan diri sendiri lak.....


hope ngan post brutal tahap gaban ni boley buat lu semangat sket k =p


wa cinta mati sama lu...ingat uh....


wa doakan kesejahteraan, kesihatan yan baik dan kejayaan lu....insyaallah kalau lu kuat berusaha dan tak putus doa lu akan berjaya.....amin~~


to my love HAZIRAH RAMLI 

HR#12 I love twelve.

Assalamualaikummmmm. :)

Hihihi. I just love twelve. My birthday on 12, my mom's birthday also on 12. My parents wed anniversary also on 12. :) Heee. :) 

One day to go to a new year. 

#Jangan masuk toilet pukul 11.59 pada 31/12/11 sebab awak akan keluar pada tahun hadapan. Tak percaya ? Try lahh . XD



Sebenarnyaa, bagi orang Islam kita dah pun menyambut Tahun Baru 1433H ;) Apa azam kita tahun baru hijrah hari tu ? Dah tercapai ? Bagaimana pula azam tahun baru masihi ni ? Apa azam tahun depan ni ?

Tak terkecuali lah aku. Hihi. Nak berazam jugakkk. :D Nak azam ape ek ?

- 4 flatttt. XD Aminnnnn.
- Simpan duit bebanyak.




Banyak azam aku. Tapi tak teringat pulak buat masa sekarang . :)
Semoga azam semua orang tercapai. I love you family ! :)


Jumpa kat google. :D


Sayang ku comot, ape azam awak. Nanti awak cerita kat saya eh. :D Hihihi. Muah ! Semoga semua azam awak tercapai sayang. :) Azam kita ke. Kui3.


k, tata !

Thursday, 29 December 2011

HR#11 Final Exam

Assalamualaikum,


Hee, Ye ye, aku tahu final exam is around the corner jekk. :D Tapi tapi nak update sikit jekk.


Fyi, final exam ktorang pun tahun depan. LAMA lagii. :DD Ada 5 paper. Hope dapat jawab semua. Aminnn. Tolong doakan aku dan kawan kawan yek. Sayang, awak pun. Doakan saya tauu. Aww! :D

Sedang study bersungguh-sungguh. Sebab nak dapat result terbaik kerana sem lepas result menurun. Ish ish.

Cepat cepat lah mula exam. Cepat cepatlah abes exam. Ish ! :D

Plan :
Dating dengan my girls with my boy. :D
Kerjaaa kerjaaa kerjaaa. :D
Tido lah ape lagi :D



Good Luck friends. ;)

 Current desktop background. XD I miss him . <3



Ok, tata. Just short post jek yekk. :D

Wednesday, 28 December 2011

MAR#5 KISAH SUAMI YANG TABAH

assalamualaikum....

bila waktu terhenti-opick

entry kali ni aku nak menceritakan kisah yang terjadi pada seseorang yang sudah aku anggap sebagai pakcik kandungku sendiri.....kisah percintaan dan pengakhiran yang memilukan terjadi pada insan bergelar suami...
aku akan guna nama samaran pakcik aku sebagai ADAM dan istrinya HAWA


pakcik adam adalah seorang yang baik hati....seorang yang kuat bekerja....lingkungan umur pakcik adam dalam 40-an.. hidupnya dulu penuh dengan kekecewaan dalam percintaan.....pakcik adam pernah bertunang tapi jodoh tidak memihak kepadanya...pihak perempuan memutuskan pertunangan tersebut....kejadian seumpana itu berulang beberapa kali....sehingga dia serik untuk mencari pasangan hidup...


hidupnya sepi....hanya bertemankan kedua ibu dan bapanya yang sudah pun tua.....dia juga seperti manusia lain yang mengimpikan pasangan hidup dan mempunyai keluarga sendiri....tp ternyata dia diuji oleh allah s.w.t...dia masih belum bertemu jodoh walaupun usia sudah menjangkau 40-an.....namun dengan berkat kesabaran dan doa yang tidak pernah putus....akhirnya dia bertemua jodoh jua dengan seorang wanita bernama hawa.....ternyata lumrah manusia dan lumrah hidup didunia.....wanita yang soleha adalah untuk lelaki yang soleh.....pakcik adam dan hawa bagaikan pinang dibelah dua....setelah berkenalan dan memahami hati budi masing-masing akhirnya mereka berkahwin.....


alhamdulillah....majlis perkahwinan mereka sangat-sangat meriah....dihadiri oleh ramai orang...aku turut tumpang gembira dimajlis perkahwinan mereka....selepas berkahwin aku lihat kehidupan pakcik adam lebih teratur...almaklumlah...orang sudah beristeri....makan minum disediakan....kain baju juga disediakan....senang cakap bertuah pakcik adam dpt hawa yang aku lihat sebaik-baik wanita penah aku jumpa....


rezeki di tangan allah...akhirnya hawa mengandungkan anak pertama mereka.....pakcik adam sangat gembira kerana mereka akan dapat orang ketiga yang akan menyinarkan cahaya dalam kehidupan mereka....
kehidupan pakcik adam dan hawa semakin bertambah bermakna dan semakin bahagia.....alhamdulillah


setelah genap 9bulan 10hari hawa akan melahirkan anak sulung mereka.....aku masih ingat....masa tu hari jumaat dibulan ramadhan...pakcik adam tunggu diluar bilik bersalin dengan sabar dan tenang....setelah lebih 30minit keluar doktor dari bilik bersalin tersebut....pakcik adam terus meluru mendapatkan doktor tersebut dengan gembira kerana dalam pemikiran pakcik adam hawa telah selamat bersalin....namun berita yang doktor tersebut sampaikan membuatkan aku tersentak dan membuatkan aku sangat sedih kerana aku betul-betul tak sangka dengan kejadian ini.....doktor hanya menyampaikan sebaris ayat dengan nada yang hiba "adam....maafkan saya....isteri awak meninggal dunia akibat pendarahan" setelah mendengar berita tersebut pakcik adam mula mengaliran air mata dan terduduk di lantai hospital sambil menyebut perlahan "innalillahiwainnalillahirojiun"......sekali lagi pakcik adam diuji oleh allah s.w.t dengan pemergian isteri tersayangnya....


pakcik adam masuk ke bilik bersalin tersebut dan melihat sekujur tubuh kaku terbaring dan disisinya ada bayi yang menangis kuat seperti tahu akan kehilangan ibunya.....pakcik adam menyelak selimut yang menutupi wajah isterinya...wajah isterinya tidak menunjukkan riak-riak sakit tp tersenyum dan aku dapat lihat seperti dia pergi dengan sangat tenang.....pakcik adam mengucup dahi isterinya buat kali terakhir


allah s.w.t saja yang tahu bagaimana perasaan pakcik adam ketika itu....mereka bersama buat genap setahun sebelum hawa pergi selama-lamanya....pakcik adam megnuruskan jenazah hawa dengan penuh ketabahan dan kesabaran.....walaupun perit untuk terima....tapi pakcik adam kuatkan juga semangatnya.....setelah selesai majlis pengkebumian hawa disiang hari.....waktu malam dikejutkan pula dengan kematian anak sulung mereka yang baru dilahirkan itu...dalam hati aku "ya allah...dugaan apa yang kau berikan kepadanya" belum pun sempat meratapi pemergian isterinya pakcik adam kena pula terima kenyataan bahawa anak sulungnya pergi mengikuti jejak isterinya.....


pakcik adam kehilangan semuanya dalam sekelip mata....aku lihat dia hanya mampu terduduk disudut dinding rumah dengan airmata berlingan keluar dan mulut hanya menyebut "ya allah" "ya alah" tanpa henti....aku sendiri turut mengalirkan airmata...keadaan jadi pilu dan hiba....jenazah anaknya dikebumikan malam itu juga.....


bermula la kehidupan baru pakcik adam....tiada lagi yang menyediakan sarapan pagi untuknya.....tiada lagi yang sediakan pakaian untuknya...tiada gelak tawa hawa bersamanya lagi......


pakcik adam hanya mampu berdoa supaya allah s.w.t gagahkan semangatnya....dan setiap kali selepas solat dia tidak pernah lupa walaupun sekali untuk mendoakan roh isterinnya dan anaknya....


semoga hawa diletakkan disamping orang-orang beriman dan semoga pakcik adam dan hawa akan betemu lagi disana pada 1hari nanti....insyaallah~~


HR#10 Wanginya aku ! ;)

Assalamualaikum,


Hihihi, kenapa aku wangi ek ? :DD Haha, actually comot bagi perfume. Perfume biasa aje. Tapi wangi sangat. Mungkin ada yang diantara you all yang pakai sama macam aku, Jom geng jom! Hee,



Thx comot. Saya suka sangat sangat. :)


And 24/12/11 hari tuu annivesary ktorangg. :DD 2years, 3months. :) sekarang dah tambah 4days. :) Hee, suka suka.


And good luck for those yang tengah final okay ! :)


k, tata!

Sunday, 25 December 2011

MAR#4 TEMAN SEJATI ADALAH "AMAL"

assalamualaikum sahabat sekalian....


bila waktu telah berakhir - opick


kali ni aku nak berkongsi cerita tentang benda yang akan kita semua lalui 1hari nanti..
dalam kehidupan ni yang membezakan seseorang adalah pendidikan....jawatan....pekerjaan...dan lain-lain...
walaupun banyak SANGAT perbezaan tapi kita ada 1 nama yang sama iaitu "manusia" dan umat akhir zaman iaitu umat nabi muhammad..


kalau ada "AWAL" mesti akan ada "PENGAKHIRAN" sama juga dalam kehidupan...kita ada "KELAHIRAN" dan kita dah lalui pun kelahiran itu.....selepas kelahiran mesti akan ada "KEMATIAN" cume kematian saja yang belum kita lalui...


sedetik kehadapan sebenarnya kite dekat sangat dengan pintu ajal.....cume kita tak tau bila tarikh kematian kita...yang kita tau tarikh kelahiran kita je....sebelum kite berhadapan dengan sakaratulmaut apa yang kita dah bekalkan untuk dibawa ke alam sana??


takde sape yang bleh tolong kita selain sabahat kita bernama "AMAL"...dengan amalan dan rahmat allah sajalah yang dapat mengelakkan kita dari siksaan kubur...bila tanye "siapa nak masuk syurga?" semua ckp nak...tp segelintinya solat pun tak buat...solat tu penting...sebab tu di panggil "solat tiang agama"......so mana-mana yang asyik tertinggal solat sebaik-baiknya cube lengkapkan solat lima waktu dulu...allah tak kejam...tp sebenarnye allah pemurah lagi maha penyayang...kenapa aku ckp mcm tu?? aku tak tak nak bukak bab lain...aku bukak bab solat je..total kiraan solat dalam sehari....untuk cukupkan kitaran satu hari kita perlukan 24jam....kita solat katakanlah satu waktu 12minit...


SUBUH = 12MINIT
ZUHUR = 12MINIT
ASAR    = 12MINIT
MAGHRIB = 12MINIT
ISYAK = 12MINIT
(JUMLAH KESEMUA MASA SOLAT ADALAH 1JAM)

1hari 24jam....tolak 1jam jadi 23jam...so kite cume ambik masa untuk mengadap maha pencipta hanya 1jam...! lagi 23jam kita boleh buat apa yang kita suke....ya allah....kau memang maha pemurah lagi maha penyayang.....tp segelintir umatmu yang buta masih tak dapat melihat sifat maha pemurah mu....so aku mohon pada sahabat-sahabat sekalian marilah kita mengerjakan amal ibadah bersama....sesungguhnya dengan amal saja yang kita ada untuk dijadikan bekalan untuk dibawa ke alam sana.....semoga entry yang tak seberapa ni dapat dijadikan pemangkin untuk berubah kejalan kebaikan...insyaallah.....

HIDUPKU MATIKU HANYALAH KERANA ALLAH
RAAMAI SAUDARA MARA DAN KAWAN-KAWAN
YANG SUDAH KESINI
GILIRAN KITA BILA??
~RENUNG-RENUNGKAN DAN SELAMAT BERAMAL~






if like tekan la like tu

Thursday, 15 December 2011

HR#9 Ombak Rinduuu

Assalamualaikum,


Hee, mesti masa ni, mostly semua dah tengok Ombak Rindu (OR) kann kann. Aku pun dah tengok dah. Plan nak tengok dengan comot. Tapi disebabkan comot busy, maka aku pun dibenarkan menonton wayang bersama rakanku. :DD Penangan OR nh hebat jugak. Beratur orang nak tengok. First time gi tanya tiket kat member, dia kata full yang awal punya. Ada kul 10 malam. Haih, nak balek kul bape tuu. So, postpone jelaa. Then, try tanya ag kat kaunter, fuhh nasib baik ada. Tapi tulaa, tak dapat tengok ngan comot. :((

Takpelah comot sayang, nanti kita gi tengok cerita yang awak suka ae. :)

Oh oh, lepas tu, sekarang ada pulak cerita baru kat Indonesia "Hafalan Shalat Delisa". Okay fine, cerita tu sedih. Hari tu tengok trailer kat Youtube. Em, cerita pasal tsunami tu. Kalau dapat, nak tengok. Hee.

And, sekarang pulak tengah kecoh pasal Tengku Sophia. Wahh, aku update jugakk aww! :DD So, TS ni orang Indonesia kot. Tapi dia sangat2 mengutuk Malaysia dan Islam. Tu yang buat orang kat sini PANASSS. :/ Haih, dengki betul dengan kita. Macam-macam dia cakap dan aku pun takmau lah tulis kat sini. Search sendiri naa.

OK then, tata comot sayangg. Khas untuk awak nh. :D Lama tak jumpaa. :/

tata! 

Monday, 12 December 2011

HR#8 Awak datang!

Assalamualaikum!

Hai hai. Saje nak cerita masa kenduri potong jambul hari Sabtu lepas, mak comot, mak tok comot, dengan comot, datang rumahh. :DD Suka sangatt. Habis makcik makcik semua pelik dan tertanya tanya sape tuuu. Ada makcik siap trick ag terus tanya orang mana. Hihi. Tapi abah tak dapat jumpa. Abah tido coz keletihan. :)

Mak comot siap bagi kek coklat comel comel. Kek tu makan dengan sos coklat. Aww, sedap lagi boleh takk! Nyum2! :) Masa kenduri macam macam lauk ada.

Rendang daging
Kari ayam
Nasi jagung
> Ni semua abah yang masak. Mak tolong. Hee

Sayur lodeh
Rojak petis
Nasi impit
> Ni pulak mak yang masak. Yang lain tolong sikit. :P

Kuih kacau
Karipap
Buah melaka
Muffin pisang
>Orang bagi dan ada yang mak dan aku buat. :)

Tu je laa. Lapar lak update pasal makanan ni. Rendang Abah forever sedap lahh! :DD

Ni lah ensem sayaa. Muah muah. Comot lah awak ni! :)

Hehehe, saje nak highlight tudung baru. Ieqa belikan. :) Love you awak, Haziqah Ramli ! :)

Hehe, sorry awak saya upload gambar ni. Sian kita takdak orang nak amekkan gambar kan. Yelaaa, masing2 busy. Muahh. Sayang awak!

Lepas tuu, lepas tuuu, rumah takdak air. Haih, sabar jelaa. Dugaan, dugaan. 

Hee, nak komen post MAR pasal lagu tuu. Hee, suka sangat sayang awak post lagu lagu tuu. Suka suka! Kalau kauorang nak tahu, kitorang memang banyak lagu.. Semua jadi lagu tema. Hee, awak lupa bila rindu ek. Hee. :* Muah!

K,lah tata!

Sunday, 11 December 2011

MAR#3 LAGU TEMA KAMI

assalamualaikum


hari ni aku nak merepek pasal KAMI....


genap perkenalan kami 2tahun 2bulan 2minggu 3hari......
banyak jugak asam garam kehidupan yang kami dah tempuhi....
cam pasangan len gak begaduh uh adat laaaa...hehe
salah paham pon normal laaaaa,,,
tp pandai-pandai la handle......


so setiap sesuatu hubungan mesti ada satu lagu untuk dijadikan lagu tema....tp kami lain...bukan 1 tapi berlonggok-longgok lagu tema...hehe
pantang best...kaut aje...hehe


so lu org donga je la list lagu yang aku letak kat sini....


1. IN-TEAM NUR KASIH

2. MARC ANTHONY MY BABY YOU

3. MARC ANTHONY & TINA ARENA I WANT TO SPEND MY LIFTIME LOVING YOU

4. ANUAR ZAIN SEDETIK LEBIH

5. STACY KISAH DONGENG

6. HAZAMA CINTA TERAGUNG

7. RUFFEDEGE BILA RINDU



dan yang terakhir lagu ni memang aku minat sangat...lagu ni nasyid...and aku tak pernah dengar ag keluar at radio.....lirik penuh makna la beb...hehehe


8. ALIEF MAHARKU UNTUKMU



HARAP MAAF JIKA KUALITI AUDIO KURANG MEMUASKAN.....ALMAKLUM LA ROMPAK DARI YOUTUBE =p


DOAKAN KAMI KEKAL HINGGA KE AKHIR HAYAT HENDAKNYA
~AMIN~






like la if like

Saturday, 10 December 2011

MAR#2 PENGALAMAN BEKERJA DI PTP

assalamualaikum


emmmmm malam ni agak boring and aku nak mengarut jap pasal bekerja di port of tanjung pelepas...


bekerja dalam port ni memang berisiko tinggi untuk kemalangan sebenarnye...tp selagi kita mengamalkan dan menerapkan budaya safety first insyaallah risiko kemalangan tu kurang...tp apa-apa pon mesti berhati-hati..




perlabuhan ni tempat transit kontena sebenarnye....barang-barang dari luar yang dihantar melalui kapal laut akan dihantar ke perlabuhan....dan mana-mana barang yang hendak dihantar ke luar negara akan di naikkan ke kapal....contoh lebih tepat macam stesen bas laa....orang KL nak g JB naik bas turun larkin....bila dah sampai JB mana-mana org JB nak g KL naik bas td g KL semula...so sama je stesen bas and perlabuhan just tempat tok transit sahaja.....




ni lak antara kapal-kapal dagang yang biasa transit barang at perlabuhan.....mula-mula jakun la jugak...besa n tinggi bukan main ag....kontena yang besusun uh akan diturunkan....n mana-mana kontena yang hendak dihantar ke luar negara akan disusun semula....macam tu operasi hari-hari tok mana-mana kapal yang berlabuh....


ni lak jentera paling  penting and paling besar kat perlabuhan....kren ni la yang akan turun naikkan kontena or apa-apa saja barang yang ada kat kapal tu....
ni lak namanye prime mover...kenderaan ni pon penting gak....prime mover ni tugasnye mengambil dan menghantar kontena or barang ke tempat yang sudah ditetapkan melalui system yang di pasang pada kabin pemandu.....
yang ni lak kren kedua yang bese di letakkan di slot....nama dia RTG....tugas dia mengambil dan meletakkan kontena pada prime mover untuk dihantar pada kapal atau mengambil dari prime mover untuk diletakkan pada slot yang telah ditetapkan
ni lak pemandangan di waktu malam...seronok tengok...macam kat dalam bandar yang sesak dengan kenderaan....penuh dengan lampu dan sentiasa sibuk....so sampai sini je la yang aku dapat terangkan sedikit sebanyak pasal operasi perlabuhan dan sampai sini jugak aku mengarut tok kali ni...hehehe


APA PUN PEKERJAAN ANDA
MAKE SURE
IANYA HALAL KERANA
KERJA YANG HALAL AKAN MENJAMIN
KESENANGAN ANDA
INSYAALLAH





like la if like

HR#7 Potonggg

Assalamualaikum....


Hee, just a short post. Hari ini, dah hari Sabtu kann. Potonggg ape ek? :D HAHA. Actually, hari ini rumah aku ada potong jambul si Amsyar. Anak kakak ngah aku. :) Hope semua berjalan dengan lancar. :)




# Hope mak comot pun dapat datang. :DD Tapi comot tak dapat ikut sebab kerjaa. Takpelah comot sayanggg. nak buat macam mana. Saya pun tak dapat datang rumah awak hari tuuuuu. Sorryyy sayanggg. :D




Ok, tatata!

Friday, 9 December 2011

HR#6 Sedihhhh Sedihhhh

Assalamualaikum....


Hai hai. Hee, Kantui pulak aku edit edit blog ni tanpa pengetahuan comot. Haih. Saje nak suprise diaa. Then dia pun cakap dia terkezutttt. :D Tu laaa syg, lama sangat tak onlinee. Kan dah nampak macam2 perubahan. Hee.


Eh, eh, nape lak sedihhh kannn. Actually, kan rumah comot ada buat tahlil hari khamis malam, malam jumaat. Tapi aku ada kelas sampai pukul 6. Jumaat pun ada kelas. Mana nak skip. Ish, pelajar mithali okayyyy. :D So, tak dapat la nak datang. Then, dapat tahu Iqa and mak aku datang rumah diaa. Ish, first time tuu mak datang rumah comot. Hee, takpelah mak tak dapat teman mak. :) Lain kali kita datang lagi aww.


Hehehe, MAR berangan nak jadi player Harimau Mudaa. :) Wahhh, orang kata muka dah iras iras KFCM dah. :PP Orang kataaa. :D Nasib baik muat sayang. Kalau tak muat, sedih saya tauuuu. :)


K, tata. :DDD

MAR#1 TERKEZUUUUUUT~~~

assalamualaikum.....


song from hazama-cinta teragung

hai......
pe kabar sume....dah lama nampaknye aku tak mengarut kat laman blog sendiri....hehehe
emmm entry kali ni aku nak cite la sikit pasal kejadian-kejadian beberapa hari ni......
semalam umah aku ade majlis tahlil arwah akak aku.....jgn xtau lak yang aku pernah ada akak....alhamdulillah selamat selesai dengan jayanya....nama arwah akak aku SITI AMINAH BINTI RAZALI....so sesape yang baca blog ni jgn lupe la ye sedekahkan al-fatihah pada arwah akak aku....hope allah sahaja yang dapat bg ganjaran pada korang sume......amin~

heeeeeeee semalan tanpa disangka dan dikejutkan dengan kedatangan bakal mertua n ipar.....cewaaaahhhhhh~ tak sangka aku.....happy sangat2.....thanks for iqa n mom sebab sudi dtg la ye.....pada syg (hazirah ramli) yang tak dapat hadir sebab ada tes at u.... its ok.....i faham..... =p

lauk pon habis licin....alhamdulillah x membazir......

thankz jugak pada org kampung....saudara-mara.....adik beradik sekalian yang sudi hadir pada majlis tahlil yang x seberapa ni......

HOPE KALAU ADA MAJLIS DI LAIN HARI 
DATANGLAH LAGI YE






DAH LAMA TAK BUKA BLOG
TETIBE DAH TUKAR JADI
HA AND MAR
HEHEHE


tekan like if like....

Tuesday, 6 December 2011

HR#5 Busy

Assalamualaikum


Hai hai. Hari ini hari Selasa dah. Test bakal menjelang. Comot pulak busy dengan kerja. :( Em, takpela comot sayang, ayg faham awak. :)


Hari ini, aku nak reveal cerita kenapa Mohamad Afif dipanggil comot. :) 
Jeng Jeng Jeng


Hehe. Sebenarnya takde ape sangat punn. Cuma, tu abah aku yang panggil dia. Sebab masa mula mula kawan dengan dia, abah belum ingat lagi nama dia. 


Abah : Mana comot tak datang rumah ke?
Ieyra : Comot? Sape abah?
Abah : Alooo, comot dak ramun tuu.
Ieyra : Oh, Afif abah nama dia.
Abah : Comot pun comot lahhh.


Aku dah gelak gelak je. Abes comot kena bahan. :) Tapi dia tak kesah punnn. Baik kan diaa. :) Heee


I love you sayangggg.


K,tata. 

Sunday, 4 December 2011

HR#4 Hari Hari Mau.

Assalamualaikum

HAHA. Jangan geli pulak dengan tajuk tuu. :D Actually semalam jumpa comot. Then, bagi dia baju Malaysia yang hitam kuning tu. Hee, and masa dia acu kat badan macam tak muat pulak. :D Ingat dia kurus, so main bajet2 jela. Dah tu, kat baju tu takde tulis saiz. Huaaaa

Then, dia kata muat2. Dia malu nak try depan2. Dah balik rumah baru dia beritahu. :D Pape lah syg. :P

Lawan badminton dengan diaa. Abes kalah aku. Yelaa tau la comot tinggi, bola tangkis asyik tinggi je. Last2 surrender coz malas dah nak lompat. :D

Aan pulak nak main bola. Comel. Sebarang je dia tendang bola tuu. :D Aan Aan. :D

OK tata. :)

Tuesday, 29 November 2011

HR#3 Sekejap

Assalamualaikum


Hee, sebenanrnya nak cakap aku dating dengan comot hari tu dapat kejap je. :/ Mak abah comot buat bbq disebabkan semua anak beranak and adik beradik comot balik cuti. So, comot pun ambil aku kat rumah.


Lama tak makan bbq, so macam over excited pulak. Nak makan banyak2 kena cover sebab ada bakal mak mertua. Hee. Mak tok pun ada sekali hari tu. :)


ieyra : Lawa tak ayg ary nh?
comot : Boleh laaa
ieyra : Lawa takkk?
comot : Comel laaa
ieyra : Ok tak pakai macam nh
comot : Ok laa.


=="


Haha. Laki laki kann. :D Actually, tu first time nak pakai tudung macam tu. Tak minat lah tudung ala ala hana tajima la, yuna lahh. TAK RETI MAK NAK! :D So, lepas ni memang tak pakai lagi dah kut. Hee, taubat. :D


Ok, habis dah bebel. :D

Sunday, 27 November 2011

HR#2 Rinduuuu

Assalamualaikum


Sejak dua menjak comot kerja kat PTP nh. Susah lah dia nak balek rumah kat Ramun. So, susahlah kami nak jumpa. Lagipun dia pulak susah dapat cuti. Bertambah tambah susah nak jumpa. Tapi, mungkin ada hikmah disebalik semua ini. Cewahhh. :)


Sekarang aku pulak nga musim test manjangg. Bulan Januari nanti dah mula Final dah. Oh mannn. Serammm. Ingat lagi comot marah bila aku mengadu aku tak dapat jawab test. Huaaa. Dia kata sape suruh tak study bebetul. :( Marah cerita korea tu hah! :DD Yelaa, masa nak test tu, cerita korea beratur untuk ditonton. :/


So, bila dapat jumpa nh, kenalah manfaatkan masa. Selalu dia bawak jumpa mak abah dia jek. Jimat toksah nak keluar duit. :D Makan free kat uma bakal mertua. Aww.


Gambar update later naa. :)

HR#1 Comeback

Assalamualaikum


Hai hai. Selepas baca blog orang lain, tiba-tiba perasaan nak berblogging semula datang. Cewahh. Haha. Okay, nak gitau kat sini, HR bermaksud Hazirah Ramli dan #1 adalah yang pertama. That's mean, post pertama Hazirah Ramli. Then Mohamad Afif Razali (comot) pulakk MAR#1. Heee.


Fyi, ini blog kedua aku. Blog pertama dah pupus dah or maybe memang dah takkan aktif kat situ dah. :) So, blog ni pun comot yang buat. Teehee. :D


comot : Abg nak buat blog nh, ayg pun tulis blog sekali ae.
ieyra : Hee, malas lah. takdak idea nak tulis. nak tutup jela blog ayg tuu.
comot : Ape nh malas malas pulakk. Tulis je laa pape.
ieyra : Hah, ape kata kita kongsi blog nakk?
comot : Emm, okay gak. :D


So, nh lah hasilnyaa. :D Aku post entry je, selebihnyaa comot yang design. Layankan jelaaa. :D Jap jap, kauorang mesti tertanya tanya kan kenapa 'comot'? Heee, sebenarnya ada lah kisah nya. Kena tunggu permission comot untuk reveal cerita nh. :D


So, nh kira post rasmi pertama aku la yer. :D






By making a comeback, I'm changing the attitude of people toward me. If I'd known that people would react so enthusiastically, I'd have done it years ago.
BrainyQuotes

Monday, 26 September 2011

Happy Annivesary SAYANGGG! Sweeeeeet TWO!!

Assalamualaikummmmm!  :)

24 September 2009 - 24 September 2011


Finally, we are already two years together. After a long way we go through together, we finally come to sweet two. It not a short time. Not 2 second, not 2 minutes, but 2 years bebeh. :DDD

Bukan senang nak suwit suwit together ni. :D Banyak jugak pahit manis, perit getir , susah senang , asam garam , etc etc. :DD

So, sayang , thx for the whole two years. Hope apa yang kita janjikan bersama akan termakbul. Kita hanya mampu merancang, Allah yang menentukannya. :)

Lastly, semoga kita sentiasa berada dalam redhaNya. Aminnnnn.

by,
ieyra

Thursday, 18 August 2011

GANGSTER KE?? (KELAKAR)

ustaz asri-pergi tak kembali


assalamualaikum.....


dalam entry kali ni aku nak keluarkan ape yang dah aku pendam selama berhari-hari....walaupon aku x bercerita ngan orang sekurang-kurangnye hati aku ni sejuk kalau aku tulis kat sini....


aku ada perhatikan seseorang ni....tp xnak la sebut nama nanti x pasal-pasal jadi isu pulak...hahah
"SAPA MAKAN BELACAN RESDUNG DIA LA MAKIN TERUK"


emmmmm sebok sangat zaman skung ni orang nak jadi otai....gila kuasa....gila nama....senang kata nak pegang title gangter la....


bermula cerita pasal si otai ni~~~




yelah....kau je la yang power...kau je la yang berkuasa...kau je la yang handal...dan kau je la yang paling kuat....tp sure kau TERLUPA yang atas...hidup ni ibarat roda...kejap-kejap kat atas...kejap-kejap kat bawah....sekarang kau tengah kat atas...almaklum la terasa kuat apabila pengikut da banyak....


tuhan bagi kau kuat sebenarnye dia nak uji kau....kau guna kekuatan kau tu untuk ape....kau sumbangkan kekuatan kau tu untuk ape....kau niatkan kekuatan kau tu untuk ape....kau mesti xpernah terpikirkan....pe yang aku nampak sekarang ni kau guna kekuatan yang allah s.w.t bg kat kau tu hanyalah untuk mencari permusuhan sesama saudara seislam kau....kau mula takbur....kau mula bongkak...dan kau mula riak ngan anugerah yang dia bg kat kau....sampai kau lupa segala apa yang kau ada...segala apa yang kau buat xkan terlaksana tanpa qudrah dan iradat darinya....


sedarlah kau yang bernama "MANUSIA" apa yang kita ada ni pinjaman semata-mata....sebelum kau jauh terlajak bek kau berbalik ke pangkal jalan....ajal maut sudah ditetapkan menjadi rahsia....kita x tau bila....x tau masanya....entah seminit dua...ntah esok...ntah lusa....fikir-fikirkan lah....andai kata kau mati dalam pergaduhan....kemana kau pergi???dimana tempatkau???dan apa pandangan khalifah semua terhadap kau???


terasa sikit kau pukul....tersinggul bahu sikit kau pukul...hal org lain pun kau tolong pukulkan....kau puaskan amarah kau....kau terlalu cepat menghukum orang...sedang allah s.w.t 2 maha pengampun...jelas dan nyata hari-hari kau ungkapkan "dengan nama allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani"...dan kau lupa setiap perbuatan ada ganjaranya...kalau baik...baik la dapatnye...kalau buruk...buruk la dapatnye...lambat atau cepat je...yang pasti kebenaran akan muncul jugak...






sementara kau sihat dan kuat ni...kau kejar la untuk berbuat amalan....lengkapkan solat...banyakkan memuji dia...banyakkan berbuat amal kebaikkan...baru senang jalan kau dunia dan akhirat...jadi la seorang yang penyabar dan selalu mengalah....sesungguhnya orang yang mengalah x bererti kalah....tp orang yang mengalah ni adalah orang yang menang...menang dari segi mengawal nafsu amarah yang selalu memberontak dalam diri kau...dan bila kau mengalah kau dah bawak saham kau ke alam sana....insyaallah...




seperti yang aku dah cakap....allah s.w.t bila-bila masa boleh tarik pemberian nikmat ke atas diri kau....kalau ditakdirkan seminit dua kau akan jadi macam ni....sempat tak kau bertaubat??sempat tak kau mengucap masa sakaratulmaut??ada kawan-kawan sebatalion kau tolong kau??benda x jadi kau xkan faham...bila dah jadi dekat diri kau baru kau tau langit tu tinggi ke rendah...baru kau tau sapa lagi kuat dari kau....baru kau sedar yang kau adalah seorang yang lemah....time ni kalau kau nak pikir macam uh dah terlambat....sebelum terlambat ni...baik kau berubah...insyaallah selamat....




kau abg besar mana pon....kau gangster mana pon...kau orang gerun macam mana pon...ni la tempat kita semua....bila dah masuk tempat ni kau akan jmp ag gangster dari kau...kalau amal kau cukup insyaallah kau lepas....tp kalau hidup kau suka pukul orang...kompom-kompom kau yang kena balun dalam ni...baru kena buku ngan ruas....penumbuk kau orang lebam dan patah gigi je....tp dua makhluk allah ni sekali beduk kau...patah riuk rusuk-rusuk kau....tebenam 7petala langit...7petala bumi....time kau kena bedal ngan makhluk allah MUNKAR & NANGKIR boley kau rojer anak-anak buah kau???boley kau bagi buah pelepas??boley kau dam dia??xkan boleh punya....yang boleh lepaskan kau adalah amal kebaikan selama kau hidup kat pentas lakonan yang bernama dunia ni....time ni kau nak menyesal???terlambat sudah....so sebelum ajal bagi red carpet kat kau...BERTAUBATLAH SEBELUM TERLAMBAT.....


~ada masanya kau nak tunjuk otai kau tu....
~buat masa sekarang kau simpan je la kuku kau tu...
~aku xpernah gentar kau bawak 100 batalion untuk serang aku...
~lutut aku xpernah goyang mengadap orang yang dah lupe asal usul macam kau ni...
~selagi jantung aku masih berzikir...insyaallah akulah orang yang akan mengajar kau erti "ALLAH MAHA BESAR" dalam kamus hidup kau...

~WARNING~
KALAU KAU BETUL-BETUL GANGSTER AKU CABAR KAU REGISTER NAMA PERGI PALESTIN UNTUK SERTAI MISI BANTUAN KE GAZA


TIME TU KAU GUNA GANGSTER KAU AND KEKUATAN KAU LAWAN TENTERA ISRAEL BILA KAPAL KAU KENA TAWAN NGAN TENTERA ISRAEL...KALAU KAU MATI PUN HARUM NAMA KAU DAN INSYAALLAH GUGUR SEBAGAI SYAHID

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~







BY AFIF
kalau suke tekan la like uh....

Wednesday, 17 August 2011

~INSAFLAH WAHAI KAWAN-KAWANKU~















assalamualaikum...
kali ini aku menyeru dan bermohon kepada sesiapa yang mengenali diri kerdilku ini untuk berjuang bersama-sama menegakkan agama dan membela bangsa kita yang semakin layu dimamah arus kemodenan dan kebebasan bersosial....


pertamanya aku tahu keinginan dan tahap pemikiran SEGELINTIR remaja seangkatanku pada hari ini..pada waktu ini adalah tidak lain dan tidak bukan hidup hanya mahu mengejar keseronokan duniawi semata-mata...


ada baiknya sebelum kita melangkah lebih jauh...eloklah kiranya kita menyucikan diri kita dari kesalahan-kesalahan lalu dan kembali kepangkal jalan kerana ajal tidak mengenal usia...tidak mengenal nama...tidak mengenal pangkat...dan tidak mengenal darjat...ajal patuh pada perintah maha pencipta iaitu ALLAH S.W.T....dari dia kita datang dan pada dia kita di kembalikan...


bagaimana kita hendak bergelar HULUBALANG ALLAH jika hawa nafsu lebih berkuasa dari kita...
bagaimana kita hendak bergelar HULUBALANG ALLAH jika kita membenarkan kejahatan menguasai diri kita....


sedarlah wahai saudara-saudaraku....sebelum kita membela agama dan bangsa kita...seeloknya kita bersihkan dahulu diri kita...bersihkan hati kita yang terlekat darah-darah kotor...perbetulkan tiang agama kita iaitu solat...penuhkan dada dengan zikrullah...pegang kata-kata allah iaitu al-quran...


jika semuanya sudah dilaksanakan...insyaallah kita tidak akan goyah bila berjuang 1 hari nanti...barulah kita bergelar HULUBALANG ALLAH...moga dengan entry yang tidak seberapa ini dapat membuka minda dan pintu hati saudar-saudaraku semua....


ALLAH HUAKBAR
ALLAH HUAKBAR
ALLAH HUAKBAR
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~





BY AFIF
kalau suka tekan la like uh...

Monday, 1 August 2011

Puasa Kena Penuh

Assalamualaikum.


So, bulan ramadhan sudah pun menjelma. Inilah peluang kita melakukan ibadah dengan tekun kerana pahal dalam bulan ini dilipatkaligandakan oleh Allah swt. 


Kepada yang lelaki, wajib lah puasa penuh ye. Hehe. Kepada yang girls, kita ada waktu waktu istimewa yang membolehkan kami tidak berpuasa. :D Jangan jeles. Lumrah okay.


Okay, selamat berpuasa u ols. Jangan main mercun ! Bahaya tahu. :)

Sunday, 24 July 2011

Hey, did you remember ?

Assalamualaikum. :)


Hi,  Ieyra ni. :D


Hey sayang, hari ini hari ape? Cepat wish kat saya. :) 
<3 <3 <3


1 year , 10 months and 0 day. 


Sorry, kualiti gambar kurang memuaskan. :)
But this was the first moment we were dating together. :)

Hee, I don't want a year or two years. Make it 200 years please. :)


and


Saya sayang awak. 


        ieyra

ohhhh RAMADHAN

asssalamualaikum


Raihan - Harapan Ramadhan

akhirnya bulan suci iaitu bulan ramadhan akan menjelma jua.....bulan yang akan menguji keimanan kita...bulan yang sepatutnya kita bersederhana....dan bulan yang sepatutnya kita melakukan amalan-amalan dan ibadah sebanyak mungkin....


hope ramadhan kali ni paling bermakna dalam hidup aku....moga aku dapat menjalankan ibadah berpuasa ngan sabar dan tabah....dapat melihat kesederhanaan insan-insan yang kurang berkemampuan dan mensyukuri segala nikmat yang telah diturunkan ke atasku....insyaallah




dalam kita menyambut kesederhanaan ramadhan jangan lupa plak tok menunaikan solat tarawih...dan aku berharap sangat untuk tak tinggal walau 1hari untuk menunaikan tarawih...aku jugak doakan u alls sihat sejahtera dan dapat merasaakan kemanisan ramadhan kali ini...insyaallah..




PUASA.....PUASA JUGAK...TERAWIH...TERAWIH JUGAK
ZAKAT JANGAN LUPA LA PLAK EA
HEHEHEHE


SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK
UNTUK SEMUA MUSLIMIN DAN MUSLIMAT
MOGA RAMADHAN KALI INI 
MEMBERI 1000 MAKNA PADA KITA
AMIN

~ASSALAMUALAIKUM~






kalau suke tekan la like tu...

Saturday, 23 July 2011

SKUAD HARIMAU MESTI BOLEH

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA


FIKIRKAN BOLEH


walaupun malaysia kalah di tempat lawan tp malaysia masih berpeluang untuk membuktikan bahawa skuad harimau adalah 1 skuad yang tidak pernah menyerah kalah....tengoksaja perlawanan sebentar tadi...ketinggalan 4-1 pada awal masa dan akhirnya skuad kebangsaan kita dapat mendekatkan jarak hanya tidak sampai 10minit untuk kedudukan 4-3 dan sedang masa mencemburui kita skuad singa mendapat jaringan nasib untuk kedudukan 5-3.....skuad singa harus ingat bahawa harimau malaya tidak pernah gentar sama sekali...kita tunggu dan lihat sahaja perlawanan di stadium bukit jalil pada 28hb nanti...




BERBEKALKAN SEMANGAT DAN ILTIZAM YANG TINGGI
INSYAALAH SKUAD HARIMAU AKAN MENANG
DI BUKIT JALIL
~AMIN~


inilah skuad yang akan mengharumkan nama negara...marilah kita sama-sama berdoa supaya skuad kita tabah dan berkerja keras untuk mengecapi kejaya dan mengharumkan nama negara pada perlawanan-perlawanan yang akan datang


I LOVE MALAYSIA
DAN
MALAYSIA BOLEH

BERJUANGLAH HINGGA KETITISAN DARAH YANG TERAKHIR
KAMI TETAP BERSAMA ANDA





kalau suka tekan je like tu

Friday, 22 July 2011

CARA BUAT FAKE VIRUS

assalamualaikum....


korang musti ramai kawan-kawan....dalam ramai kawan-kawan hampir mejoriti musti pakai laptop....lagi-lagi yang dok bergelar mahasiswa and mahasiswi....macam-macam jenis laptop korang akan jumpa...avaio, hp, acer, samsung, and macam-macam lagi la.....




so ape yang aku taw...laptop ni boleh digunakan untuk pelbagai kegunaan....macam internet, wat asgmnt, mendownload, tgk movie, and macam-macam ag la kan...
tp korang penah tepikir x nak kenekan member korang yang pakai laptop mahal tahap gaban and muka sepatern macam "HAJI BAKHIL" hahahaha
senang je cara nak kenekan orang-orang macam ni....u alls buat je "FAKE VIRUS".....fake virus ni pun ada tuto at youtube....system ini akan menggunakan shortcut untuk command laptop untuk shutdown...


you alls ikut step ni....

  1. pergi at desktop
  2. click kanan pergi new and click shortcut
  3. akan keluar "type the location of the item"
  4. korang tulis commad ni (shutdown -s -t 100 -c "tulis je pe korang nak tulis")
  5. ingat tanda kurungan uh tak payah letak sekali
  6. dah siap tulis korang klick next
  7. akan keluar plak "type a nome for this shortcut"
  8. korang letak la mycomputer
  9. lepas tu click finish
  10. change la icon uh kepada icon mycomputer...
  11. padam shortcut mycomputer yang asal n korang letak shortcut yang korang baru buat td..
contoh aku buat "shutdown -s -t 100 -c "warning : laptop kau akan jahanam dalam masa 100saat...padan muka kau...kedekot sangat"


bila dia click my komputer satu icon aku muncul seperti tanda amaran and apa yang korang tulis uh akan muncul and laptop dia akan shutdown dalam masa 100 saat....


KORANG LEY TENGOK MUKA DIA MENGGELABAH TIME UH
HAHAHAHAHAHA

kalau tak paham jugak korang tengok video ni...
kompom sure akan faham...




amacam????
korang try r.....hahahha.....korang akan gelak tebaring-baring pasal tgk muka member yang ngah menggelabah sebab laptop dia kena "VIRUS"


FAKE VIRUS NI TAK AKAN MENJEJASKAN SISTEM DAN TIDAK AKAN MEROSAKKAN MANA-MANA PROGRAM DALAM PC MAHUPON LAPTOP


WARNING
JANGAN BUAT KAT KAWAN-KAWAN YANG TENGAH BANYAK KEJE
PASAL
KALAU KORANG BUAT JUGAK
SURE KENE TERAJANG...!!!!!!!


SELAMAT MENCUBA =)






kalau suka tekan la like

LAGI-LAGI PECAH RUMAH

assalamualaikum....


aduhhhhhh aku naik risau r ngan keadaan skung ni.....kes2 pecah rumah da makin menjadi2....risau aku dibuatnye.....lau sekadar ambik barng xpe la....ni siap acu2 parang la...sabit la....pisau la...nasib bek x pakai bazuka.....


kalau da nama pon jahat diorang sanggup wat pe je untuk dapatkan apa yang diorang nak....
sampai kerana rm50 pon boley men bunuh-bunuh.....
ape ke pedajal sangat la hati diorang ni semua.....


aku kalau dapat la yang pecah uma ni sure aku ikat kat pokok and tabur kerengga...bia padan muka beliau-beliau yang jahat sangat nieh....
bagi kerengga lak belasah diorang ni...
aku pon pelik tgk manusia macam ni
kerja malas tp wat kerja haram
menyusahkan orang
dah kene petir baru padan muka
aku doakan u alls semua dihindari dari sebarang malapetaka dan dijauhi dari insan-insan berniat jahat keatas diri dan keluarga u alls....amin....moga dapatlah hendaknya diperkenankan oleh ALLAH S.W.T supaya kita selamat dan sejahtera hingga ke akhir hayat 


SEKIRANYA TERTANGKAP TIADA PENYESALAN UNTUKNYA