Nuffnang

Friday 30 December 2011

MAR#6 HOPE AWAK SUKSES SELALU

assalamualaikum...


emmmm syg gua ngah sibuk study ni....almaklum la nak exam an.....ni short post je....huuuuuu~~ wa doakan lu sukses k....lu kene study tol-tol...kene fokus k.....solat jgn tinggal...doa bebanyak....doa perlu mengiringi ikhtiar....wa selalu ade ngan lu...hahahaha....make sure jgn asyik nak bergosip je.....uruskan diri sendiri dulu....baru pikirkan hal org lain....tp jangan pentingkan diri sendiri lak.....


hope ngan post brutal tahap gaban ni boley buat lu semangat sket k =p


wa cinta mati sama lu...ingat uh....


wa doakan kesejahteraan, kesihatan yan baik dan kejayaan lu....insyaallah kalau lu kuat berusaha dan tak putus doa lu akan berjaya.....amin~~


to my love HAZIRAH RAMLI 

HR#12 I love twelve.

Assalamualaikummmmm. :)

Hihihi. I just love twelve. My birthday on 12, my mom's birthday also on 12. My parents wed anniversary also on 12. :) Heee. :) 

One day to go to a new year. 

#Jangan masuk toilet pukul 11.59 pada 31/12/11 sebab awak akan keluar pada tahun hadapan. Tak percaya ? Try lahh . XD



Sebenarnyaa, bagi orang Islam kita dah pun menyambut Tahun Baru 1433H ;) Apa azam kita tahun baru hijrah hari tu ? Dah tercapai ? Bagaimana pula azam tahun baru masihi ni ? Apa azam tahun depan ni ?

Tak terkecuali lah aku. Hihi. Nak berazam jugakkk. :D Nak azam ape ek ?

- 4 flatttt. XD Aminnnnn.
- Simpan duit bebanyak.




Banyak azam aku. Tapi tak teringat pulak buat masa sekarang . :)
Semoga azam semua orang tercapai. I love you family ! :)


Jumpa kat google. :D


Sayang ku comot, ape azam awak. Nanti awak cerita kat saya eh. :D Hihihi. Muah ! Semoga semua azam awak tercapai sayang. :) Azam kita ke. Kui3.


k, tata !

Thursday 29 December 2011

HR#11 Final Exam

Assalamualaikum,


Hee, Ye ye, aku tahu final exam is around the corner jekk. :D Tapi tapi nak update sikit jekk.


Fyi, final exam ktorang pun tahun depan. LAMA lagii. :DD Ada 5 paper. Hope dapat jawab semua. Aminnn. Tolong doakan aku dan kawan kawan yek. Sayang, awak pun. Doakan saya tauu. Aww! :D

Sedang study bersungguh-sungguh. Sebab nak dapat result terbaik kerana sem lepas result menurun. Ish ish.

Cepat cepat lah mula exam. Cepat cepatlah abes exam. Ish ! :D

Plan :
Dating dengan my girls with my boy. :D
Kerjaaa kerjaaa kerjaaa. :D
Tido lah ape lagi :D



Good Luck friends. ;)

 Current desktop background. XD I miss him . <3



Ok, tata. Just short post jek yekk. :D

Wednesday 28 December 2011

MAR#5 KISAH SUAMI YANG TABAH

assalamualaikum....

bila waktu terhenti-opick

entry kali ni aku nak menceritakan kisah yang terjadi pada seseorang yang sudah aku anggap sebagai pakcik kandungku sendiri.....kisah percintaan dan pengakhiran yang memilukan terjadi pada insan bergelar suami...
aku akan guna nama samaran pakcik aku sebagai ADAM dan istrinya HAWA


pakcik adam adalah seorang yang baik hati....seorang yang kuat bekerja....lingkungan umur pakcik adam dalam 40-an.. hidupnya dulu penuh dengan kekecewaan dalam percintaan.....pakcik adam pernah bertunang tapi jodoh tidak memihak kepadanya...pihak perempuan memutuskan pertunangan tersebut....kejadian seumpana itu berulang beberapa kali....sehingga dia serik untuk mencari pasangan hidup...


hidupnya sepi....hanya bertemankan kedua ibu dan bapanya yang sudah pun tua.....dia juga seperti manusia lain yang mengimpikan pasangan hidup dan mempunyai keluarga sendiri....tp ternyata dia diuji oleh allah s.w.t...dia masih belum bertemu jodoh walaupun usia sudah menjangkau 40-an.....namun dengan berkat kesabaran dan doa yang tidak pernah putus....akhirnya dia bertemua jodoh jua dengan seorang wanita bernama hawa.....ternyata lumrah manusia dan lumrah hidup didunia.....wanita yang soleha adalah untuk lelaki yang soleh.....pakcik adam dan hawa bagaikan pinang dibelah dua....setelah berkenalan dan memahami hati budi masing-masing akhirnya mereka berkahwin.....


alhamdulillah....majlis perkahwinan mereka sangat-sangat meriah....dihadiri oleh ramai orang...aku turut tumpang gembira dimajlis perkahwinan mereka....selepas berkahwin aku lihat kehidupan pakcik adam lebih teratur...almaklumlah...orang sudah beristeri....makan minum disediakan....kain baju juga disediakan....senang cakap bertuah pakcik adam dpt hawa yang aku lihat sebaik-baik wanita penah aku jumpa....


rezeki di tangan allah...akhirnya hawa mengandungkan anak pertama mereka.....pakcik adam sangat gembira kerana mereka akan dapat orang ketiga yang akan menyinarkan cahaya dalam kehidupan mereka....
kehidupan pakcik adam dan hawa semakin bertambah bermakna dan semakin bahagia.....alhamdulillah


setelah genap 9bulan 10hari hawa akan melahirkan anak sulung mereka.....aku masih ingat....masa tu hari jumaat dibulan ramadhan...pakcik adam tunggu diluar bilik bersalin dengan sabar dan tenang....setelah lebih 30minit keluar doktor dari bilik bersalin tersebut....pakcik adam terus meluru mendapatkan doktor tersebut dengan gembira kerana dalam pemikiran pakcik adam hawa telah selamat bersalin....namun berita yang doktor tersebut sampaikan membuatkan aku tersentak dan membuatkan aku sangat sedih kerana aku betul-betul tak sangka dengan kejadian ini.....doktor hanya menyampaikan sebaris ayat dengan nada yang hiba "adam....maafkan saya....isteri awak meninggal dunia akibat pendarahan" setelah mendengar berita tersebut pakcik adam mula mengaliran air mata dan terduduk di lantai hospital sambil menyebut perlahan "innalillahiwainnalillahirojiun"......sekali lagi pakcik adam diuji oleh allah s.w.t dengan pemergian isteri tersayangnya....


pakcik adam masuk ke bilik bersalin tersebut dan melihat sekujur tubuh kaku terbaring dan disisinya ada bayi yang menangis kuat seperti tahu akan kehilangan ibunya.....pakcik adam menyelak selimut yang menutupi wajah isterinya...wajah isterinya tidak menunjukkan riak-riak sakit tp tersenyum dan aku dapat lihat seperti dia pergi dengan sangat tenang.....pakcik adam mengucup dahi isterinya buat kali terakhir


allah s.w.t saja yang tahu bagaimana perasaan pakcik adam ketika itu....mereka bersama buat genap setahun sebelum hawa pergi selama-lamanya....pakcik adam megnuruskan jenazah hawa dengan penuh ketabahan dan kesabaran.....walaupun perit untuk terima....tapi pakcik adam kuatkan juga semangatnya.....setelah selesai majlis pengkebumian hawa disiang hari.....waktu malam dikejutkan pula dengan kematian anak sulung mereka yang baru dilahirkan itu...dalam hati aku "ya allah...dugaan apa yang kau berikan kepadanya" belum pun sempat meratapi pemergian isterinya pakcik adam kena pula terima kenyataan bahawa anak sulungnya pergi mengikuti jejak isterinya.....


pakcik adam kehilangan semuanya dalam sekelip mata....aku lihat dia hanya mampu terduduk disudut dinding rumah dengan airmata berlingan keluar dan mulut hanya menyebut "ya allah" "ya alah" tanpa henti....aku sendiri turut mengalirkan airmata...keadaan jadi pilu dan hiba....jenazah anaknya dikebumikan malam itu juga.....


bermula la kehidupan baru pakcik adam....tiada lagi yang menyediakan sarapan pagi untuknya.....tiada lagi yang sediakan pakaian untuknya...tiada gelak tawa hawa bersamanya lagi......


pakcik adam hanya mampu berdoa supaya allah s.w.t gagahkan semangatnya....dan setiap kali selepas solat dia tidak pernah lupa walaupun sekali untuk mendoakan roh isterinnya dan anaknya....


semoga hawa diletakkan disamping orang-orang beriman dan semoga pakcik adam dan hawa akan betemu lagi disana pada 1hari nanti....insyaallah~~


HR#10 Wanginya aku ! ;)

Assalamualaikum,


Hihihi, kenapa aku wangi ek ? :DD Haha, actually comot bagi perfume. Perfume biasa aje. Tapi wangi sangat. Mungkin ada yang diantara you all yang pakai sama macam aku, Jom geng jom! Hee,



Thx comot. Saya suka sangat sangat. :)


And 24/12/11 hari tuu annivesary ktorangg. :DD 2years, 3months. :) sekarang dah tambah 4days. :) Hee, suka suka.


And good luck for those yang tengah final okay ! :)


k, tata!

Sunday 25 December 2011

MAR#4 TEMAN SEJATI ADALAH "AMAL"

assalamualaikum sahabat sekalian....


bila waktu telah berakhir - opick


kali ni aku nak berkongsi cerita tentang benda yang akan kita semua lalui 1hari nanti..
dalam kehidupan ni yang membezakan seseorang adalah pendidikan....jawatan....pekerjaan...dan lain-lain...
walaupun banyak SANGAT perbezaan tapi kita ada 1 nama yang sama iaitu "manusia" dan umat akhir zaman iaitu umat nabi muhammad..


kalau ada "AWAL" mesti akan ada "PENGAKHIRAN" sama juga dalam kehidupan...kita ada "KELAHIRAN" dan kita dah lalui pun kelahiran itu.....selepas kelahiran mesti akan ada "KEMATIAN" cume kematian saja yang belum kita lalui...


sedetik kehadapan sebenarnya kite dekat sangat dengan pintu ajal.....cume kita tak tau bila tarikh kematian kita...yang kita tau tarikh kelahiran kita je....sebelum kite berhadapan dengan sakaratulmaut apa yang kita dah bekalkan untuk dibawa ke alam sana??


takde sape yang bleh tolong kita selain sabahat kita bernama "AMAL"...dengan amalan dan rahmat allah sajalah yang dapat mengelakkan kita dari siksaan kubur...bila tanye "siapa nak masuk syurga?" semua ckp nak...tp segelintinya solat pun tak buat...solat tu penting...sebab tu di panggil "solat tiang agama"......so mana-mana yang asyik tertinggal solat sebaik-baiknya cube lengkapkan solat lima waktu dulu...allah tak kejam...tp sebenarnye allah pemurah lagi maha penyayang...kenapa aku ckp mcm tu?? aku tak tak nak bukak bab lain...aku bukak bab solat je..total kiraan solat dalam sehari....untuk cukupkan kitaran satu hari kita perlukan 24jam....kita solat katakanlah satu waktu 12minit...


SUBUH = 12MINIT
ZUHUR = 12MINIT
ASAR    = 12MINIT
MAGHRIB = 12MINIT
ISYAK = 12MINIT
(JUMLAH KESEMUA MASA SOLAT ADALAH 1JAM)

1hari 24jam....tolak 1jam jadi 23jam...so kite cume ambik masa untuk mengadap maha pencipta hanya 1jam...! lagi 23jam kita boleh buat apa yang kita suke....ya allah....kau memang maha pemurah lagi maha penyayang.....tp segelintir umatmu yang buta masih tak dapat melihat sifat maha pemurah mu....so aku mohon pada sahabat-sahabat sekalian marilah kita mengerjakan amal ibadah bersama....sesungguhnya dengan amal saja yang kita ada untuk dijadikan bekalan untuk dibawa ke alam sana.....semoga entry yang tak seberapa ni dapat dijadikan pemangkin untuk berubah kejalan kebaikan...insyaallah.....

HIDUPKU MATIKU HANYALAH KERANA ALLAH
RAAMAI SAUDARA MARA DAN KAWAN-KAWAN
YANG SUDAH KESINI
GILIRAN KITA BILA??
~RENUNG-RENUNGKAN DAN SELAMAT BERAMAL~






if like tekan la like tu

Thursday 15 December 2011

HR#9 Ombak Rinduuu

Assalamualaikum,


Hee, mesti masa ni, mostly semua dah tengok Ombak Rindu (OR) kann kann. Aku pun dah tengok dah. Plan nak tengok dengan comot. Tapi disebabkan comot busy, maka aku pun dibenarkan menonton wayang bersama rakanku. :DD Penangan OR nh hebat jugak. Beratur orang nak tengok. First time gi tanya tiket kat member, dia kata full yang awal punya. Ada kul 10 malam. Haih, nak balek kul bape tuu. So, postpone jelaa. Then, try tanya ag kat kaunter, fuhh nasib baik ada. Tapi tulaa, tak dapat tengok ngan comot. :((

Takpelah comot sayang, nanti kita gi tengok cerita yang awak suka ae. :)

Oh oh, lepas tu, sekarang ada pulak cerita baru kat Indonesia "Hafalan Shalat Delisa". Okay fine, cerita tu sedih. Hari tu tengok trailer kat Youtube. Em, cerita pasal tsunami tu. Kalau dapat, nak tengok. Hee.

And, sekarang pulak tengah kecoh pasal Tengku Sophia. Wahh, aku update jugakk aww! :DD So, TS ni orang Indonesia kot. Tapi dia sangat2 mengutuk Malaysia dan Islam. Tu yang buat orang kat sini PANASSS. :/ Haih, dengki betul dengan kita. Macam-macam dia cakap dan aku pun takmau lah tulis kat sini. Search sendiri naa.

OK then, tata comot sayangg. Khas untuk awak nh. :D Lama tak jumpaa. :/

tata! 

Monday 12 December 2011

HR#8 Awak datang!

Assalamualaikum!

Hai hai. Saje nak cerita masa kenduri potong jambul hari Sabtu lepas, mak comot, mak tok comot, dengan comot, datang rumahh. :DD Suka sangatt. Habis makcik makcik semua pelik dan tertanya tanya sape tuuu. Ada makcik siap trick ag terus tanya orang mana. Hihi. Tapi abah tak dapat jumpa. Abah tido coz keletihan. :)

Mak comot siap bagi kek coklat comel comel. Kek tu makan dengan sos coklat. Aww, sedap lagi boleh takk! Nyum2! :) Masa kenduri macam macam lauk ada.

Rendang daging
Kari ayam
Nasi jagung
> Ni semua abah yang masak. Mak tolong. Hee

Sayur lodeh
Rojak petis
Nasi impit
> Ni pulak mak yang masak. Yang lain tolong sikit. :P

Kuih kacau
Karipap
Buah melaka
Muffin pisang
>Orang bagi dan ada yang mak dan aku buat. :)

Tu je laa. Lapar lak update pasal makanan ni. Rendang Abah forever sedap lahh! :DD

Ni lah ensem sayaa. Muah muah. Comot lah awak ni! :)

Hehehe, saje nak highlight tudung baru. Ieqa belikan. :) Love you awak, Haziqah Ramli ! :)

Hehe, sorry awak saya upload gambar ni. Sian kita takdak orang nak amekkan gambar kan. Yelaaa, masing2 busy. Muahh. Sayang awak!

Lepas tuu, lepas tuuu, rumah takdak air. Haih, sabar jelaa. Dugaan, dugaan. 

Hee, nak komen post MAR pasal lagu tuu. Hee, suka sangat sayang awak post lagu lagu tuu. Suka suka! Kalau kauorang nak tahu, kitorang memang banyak lagu.. Semua jadi lagu tema. Hee, awak lupa bila rindu ek. Hee. :* Muah!

K,lah tata!

Sunday 11 December 2011

MAR#3 LAGU TEMA KAMI

assalamualaikum


hari ni aku nak merepek pasal KAMI....


genap perkenalan kami 2tahun 2bulan 2minggu 3hari......
banyak jugak asam garam kehidupan yang kami dah tempuhi....
cam pasangan len gak begaduh uh adat laaaa...hehe
salah paham pon normal laaaaa,,,
tp pandai-pandai la handle......


so setiap sesuatu hubungan mesti ada satu lagu untuk dijadikan lagu tema....tp kami lain...bukan 1 tapi berlonggok-longgok lagu tema...hehe
pantang best...kaut aje...hehe


so lu org donga je la list lagu yang aku letak kat sini....


1. IN-TEAM NUR KASIH

2. MARC ANTHONY MY BABY YOU

3. MARC ANTHONY & TINA ARENA I WANT TO SPEND MY LIFTIME LOVING YOU

4. ANUAR ZAIN SEDETIK LEBIH

5. STACY KISAH DONGENG

6. HAZAMA CINTA TERAGUNG

7. RUFFEDEGE BILA RINDU



dan yang terakhir lagu ni memang aku minat sangat...lagu ni nasyid...and aku tak pernah dengar ag keluar at radio.....lirik penuh makna la beb...hehehe


8. ALIEF MAHARKU UNTUKMU



HARAP MAAF JIKA KUALITI AUDIO KURANG MEMUASKAN.....ALMAKLUM LA ROMPAK DARI YOUTUBE =p


DOAKAN KAMI KEKAL HINGGA KE AKHIR HAYAT HENDAKNYA
~AMIN~






like la if like

Saturday 10 December 2011

MAR#2 PENGALAMAN BEKERJA DI PTP

assalamualaikum


emmmmm malam ni agak boring and aku nak mengarut jap pasal bekerja di port of tanjung pelepas...


bekerja dalam port ni memang berisiko tinggi untuk kemalangan sebenarnye...tp selagi kita mengamalkan dan menerapkan budaya safety first insyaallah risiko kemalangan tu kurang...tp apa-apa pon mesti berhati-hati..




perlabuhan ni tempat transit kontena sebenarnye....barang-barang dari luar yang dihantar melalui kapal laut akan dihantar ke perlabuhan....dan mana-mana barang yang hendak dihantar ke luar negara akan di naikkan ke kapal....contoh lebih tepat macam stesen bas laa....orang KL nak g JB naik bas turun larkin....bila dah sampai JB mana-mana org JB nak g KL naik bas td g KL semula...so sama je stesen bas and perlabuhan just tempat tok transit sahaja.....




ni lak antara kapal-kapal dagang yang biasa transit barang at perlabuhan.....mula-mula jakun la jugak...besa n tinggi bukan main ag....kontena yang besusun uh akan diturunkan....n mana-mana kontena yang hendak dihantar ke luar negara akan disusun semula....macam tu operasi hari-hari tok mana-mana kapal yang berlabuh....


ni lak jentera paling  penting and paling besar kat perlabuhan....kren ni la yang akan turun naikkan kontena or apa-apa saja barang yang ada kat kapal tu....
ni lak namanye prime mover...kenderaan ni pon penting gak....prime mover ni tugasnye mengambil dan menghantar kontena or barang ke tempat yang sudah ditetapkan melalui system yang di pasang pada kabin pemandu.....
yang ni lak kren kedua yang bese di letakkan di slot....nama dia RTG....tugas dia mengambil dan meletakkan kontena pada prime mover untuk dihantar pada kapal atau mengambil dari prime mover untuk diletakkan pada slot yang telah ditetapkan
ni lak pemandangan di waktu malam...seronok tengok...macam kat dalam bandar yang sesak dengan kenderaan....penuh dengan lampu dan sentiasa sibuk....so sampai sini je la yang aku dapat terangkan sedikit sebanyak pasal operasi perlabuhan dan sampai sini jugak aku mengarut tok kali ni...hehehe


APA PUN PEKERJAAN ANDA
MAKE SURE
IANYA HALAL KERANA
KERJA YANG HALAL AKAN MENJAMIN
KESENANGAN ANDA
INSYAALLAH





like la if like

HR#7 Potonggg

Assalamualaikum....


Hee, just a short post. Hari ini, dah hari Sabtu kann. Potonggg ape ek? :D HAHA. Actually, hari ini rumah aku ada potong jambul si Amsyar. Anak kakak ngah aku. :) Hope semua berjalan dengan lancar. :)




# Hope mak comot pun dapat datang. :DD Tapi comot tak dapat ikut sebab kerjaa. Takpelah comot sayanggg. nak buat macam mana. Saya pun tak dapat datang rumah awak hari tuuuuu. Sorryyy sayanggg. :D




Ok, tatata!

Friday 9 December 2011

HR#6 Sedihhhh Sedihhhh

Assalamualaikum....


Hai hai. Hee, Kantui pulak aku edit edit blog ni tanpa pengetahuan comot. Haih. Saje nak suprise diaa. Then dia pun cakap dia terkezutttt. :D Tu laaa syg, lama sangat tak onlinee. Kan dah nampak macam2 perubahan. Hee.


Eh, eh, nape lak sedihhh kannn. Actually, kan rumah comot ada buat tahlil hari khamis malam, malam jumaat. Tapi aku ada kelas sampai pukul 6. Jumaat pun ada kelas. Mana nak skip. Ish, pelajar mithali okayyyy. :D So, tak dapat la nak datang. Then, dapat tahu Iqa and mak aku datang rumah diaa. Ish, first time tuu mak datang rumah comot. Hee, takpelah mak tak dapat teman mak. :) Lain kali kita datang lagi aww.


Hehehe, MAR berangan nak jadi player Harimau Mudaa. :) Wahhh, orang kata muka dah iras iras KFCM dah. :PP Orang kataaa. :D Nasib baik muat sayang. Kalau tak muat, sedih saya tauuuu. :)


K, tata. :DDD

MAR#1 TERKEZUUUUUUT~~~

assalamualaikum.....


song from hazama-cinta teragung

hai......
pe kabar sume....dah lama nampaknye aku tak mengarut kat laman blog sendiri....hehehe
emmm entry kali ni aku nak cite la sikit pasal kejadian-kejadian beberapa hari ni......
semalam umah aku ade majlis tahlil arwah akak aku.....jgn xtau lak yang aku pernah ada akak....alhamdulillah selamat selesai dengan jayanya....nama arwah akak aku SITI AMINAH BINTI RAZALI....so sesape yang baca blog ni jgn lupe la ye sedekahkan al-fatihah pada arwah akak aku....hope allah sahaja yang dapat bg ganjaran pada korang sume......amin~

heeeeeeee semalan tanpa disangka dan dikejutkan dengan kedatangan bakal mertua n ipar.....cewaaaahhhhhh~ tak sangka aku.....happy sangat2.....thanks for iqa n mom sebab sudi dtg la ye.....pada syg (hazirah ramli) yang tak dapat hadir sebab ada tes at u.... its ok.....i faham..... =p

lauk pon habis licin....alhamdulillah x membazir......

thankz jugak pada org kampung....saudara-mara.....adik beradik sekalian yang sudi hadir pada majlis tahlil yang x seberapa ni......

HOPE KALAU ADA MAJLIS DI LAIN HARI 
DATANGLAH LAGI YE






DAH LAMA TAK BUKA BLOG
TETIBE DAH TUKAR JADI
HA AND MAR
HEHEHE


tekan like if like....

Tuesday 6 December 2011

HR#5 Busy

Assalamualaikum


Hai hai. Hari ini hari Selasa dah. Test bakal menjelang. Comot pulak busy dengan kerja. :( Em, takpela comot sayang, ayg faham awak. :)


Hari ini, aku nak reveal cerita kenapa Mohamad Afif dipanggil comot. :) 
Jeng Jeng Jeng


Hehe. Sebenarnya takde ape sangat punn. Cuma, tu abah aku yang panggil dia. Sebab masa mula mula kawan dengan dia, abah belum ingat lagi nama dia. 


Abah : Mana comot tak datang rumah ke?
Ieyra : Comot? Sape abah?
Abah : Alooo, comot dak ramun tuu.
Ieyra : Oh, Afif abah nama dia.
Abah : Comot pun comot lahhh.


Aku dah gelak gelak je. Abes comot kena bahan. :) Tapi dia tak kesah punnn. Baik kan diaa. :) Heee


I love you sayangggg.


K,tata. 

Sunday 4 December 2011

HR#4 Hari Hari Mau.

Assalamualaikum

HAHA. Jangan geli pulak dengan tajuk tuu. :D Actually semalam jumpa comot. Then, bagi dia baju Malaysia yang hitam kuning tu. Hee, and masa dia acu kat badan macam tak muat pulak. :D Ingat dia kurus, so main bajet2 jela. Dah tu, kat baju tu takde tulis saiz. Huaaaa

Then, dia kata muat2. Dia malu nak try depan2. Dah balik rumah baru dia beritahu. :D Pape lah syg. :P

Lawan badminton dengan diaa. Abes kalah aku. Yelaa tau la comot tinggi, bola tangkis asyik tinggi je. Last2 surrender coz malas dah nak lompat. :D

Aan pulak nak main bola. Comel. Sebarang je dia tendang bola tuu. :D Aan Aan. :D

OK tata. :)