Nuffnang

Monday 19 November 2012

HR#37 Mendoakan mereka yang dalam kesusahan

As salamu alaykumm....

Doakan kesejahteraan mereka.

Amin amin amin ya rabbal alamin.


Sunday 18 November 2012

HR#36 Save GAZA

As salamu alaykum.

SAVE GAZA


Mereka sudah dijanjikan syurga jika mereka berjihad dan redha dengan apa yang melanda mereka.
Kita?

Masih terumbang ambing mendaki bukit. Allah selalu ada dengan kita tapi kita lupakanNya. 

Mereka yang dalam kesusahan, hanya punya Allah sebagai pelindung.
Kita?

Bergelak ketawa bagai tiada apa yang jadi. Masih bergembira didalam situasi selesa.

Mereka sentiasa dalam ketakutan. Takutkan mati. Bila-bila masa sahaja. Dan masih yakin yang mati itu pasti.
Kita?

Tak berdaya nak menghadapi ujian Allah. Mengalah sebelum berusaha.

Mereka inginkan keamanan. Mereka yang shahid pasti ingin kembali kedunia untuk menjalankan ibadah.
Kita?

Masih lupa akan tanggungjawab yang satu kepadaNya. Masih lupa komitmen sebenar kita diciptakan.

Sedih. Kan?

Tuesday 23 October 2012

HR#35 Jangan suka warna merah jambu.

Assalamualaykum...

Semua orang ada warna kegemaran kan. Warna feveret lah katakan. Everyday nak pakai warna tu je ( kalau boleh). Kalau beli barang nak cari yang warna tu je. Kalau warna warni pun, nak kena ada warna tu jugak walaupun sikit. Tapi tu dah nama fanatik atau maniac. :D

So, HR pun nak cerita warna feveret HR. Merah jambu. Tengok tajuklah beb. :D Hehe. Tapi tajuk cakap jangan suka warna merah jambu. Kenapa ye ? Sebab nanti sebuk jelah. HR suka merah jambu, kauorang pun suka merah jambu. :D



Teka Benda. Apakah ?


Nur El Qhalisya Irdina. Nak phone punya pasal.


Qisha at Ikea.


Pink and Blue ;)

Yang paling penting jangan suka merah jambu okay. ;D



Monday 22 October 2012

HR#34 Goreng Lab Report. Apakah?

Assalamualaykum

Biasalah enginnering student akan ada lab report every semester sebagai penilaian kefahaman bagi kelas makmal dan praktikal. Tinggi guna bahasa HR ni kan. Haha

So, menggoreng Lab Report adalah perkara biasa bagi kami lebih2 lagi HR yang dah amalkan menggoreng Lab Report dari tahun satu lagi. Hewhew.

Nak goreng Lab Report senang je. Sediakan Lab Report, dan mula menggoreng dengan minyak murah atau mahal (ikut selera) dan kuali yang sederhana panas. Takut hangus nanti. Fail pulak. ;D

Tips sebenar menggoreng Lab Report:
-ambil input output yang diberitahu lecturer dari mula dia briefing sampai la nak tamat masa kelas. (Amat berguna untuk buat discussion)
-Theory yang ada dalam lab sheet tu jangan dipersiakan. (Amat berguna untuk buat soalan dalam Lab Report)
-Tanya lecturer berkenaan segala graf sepanjang experiment. (Berguna untuk data analysis dan observation)
-Objektif dalam lab sheet jangan buat tak nampak. (Berguna nak buat conclusion)


Sebenarnya HR sedang buat lab report. Dan dalam masa yang sama sedang menggoreng jugak. ;)
Selamat menggoreng.

Sunday 21 October 2012

HR#33 UTHM jadi famous pun sebab....

As salamualaykum

Selamat pagi semuaaaa. ;) Setiap pagi kena ada mood yang hebat barulah hari tu jadi hari yang hebat. InshaAllah.
Test pada hari Sabtu dan Ahad. Sabar je lah. Selagi kita masih mahasiswa, kenalah terikat dengan tanggungjawab sebagai seorang pelajar.
HR nak sambung study untuk paper pukul 11 pagi nanti.
Pst: HR tak malu mengaku HR mahasiswa UTHM. Bukan pada nama yang HR sanjung. Tapi pengisiannya. Pada pensyarahnya, dan khidmat sistemnya. HR bersyukur. Selama belajar, semua masalah dapat diselesaikan.



Baju konvo kakak dan abang senior. Bestnya konvo ! Tahniah warga yang sedang, akan, dan telah berkonvo ! Especially, warga UTHM ;) TAHNIAH !

InshaAllah, adik junior ni akan ikut jejak langkah senior semua. Aminnn. :)

Friday 19 October 2012

HR#32 Biarkan masa terhenti.

As salamu alaykum. :)

Dugaan dan ujian itu pasti. Dugaan dan ujian adalah yang setimpal dengan daya kita. Kita mampu menganganinya dengan berusaha dan berserah kepadaNya. Dan Allah tetap sayang kita.

Kata-kata hikmah.


Daripada Ibnu Umar R.huma bahawasanya Rasulullah SAW bersabda, “Orang Islam itu adalah saudara kepada seorang Islam yang lain, tidak boleh dia menzaliminya atau membiarkannya dizalimi. Sesiapa yang memenuhi hajat saudaranya nescaya Allah akan memenuhi hajatnya dan sesiapa menolong seorang Islam lain untuk melepaskan daripada satu kesusahan nescaya Allah akan melepaskannya daripada kesusahan dan penderitaannya dihari kiamat. Sesiapa yang menutup keaiban seseorang Islam nescaya Allah akan menutup keaibannya di hari kiamat”.

Curi dari http://himpunankata-katahikmah.blogspot.com/


Hidup..
Penuh Dugaan..
Penuh Ujian..

Hidup..
Tak lekang dari cobaan..
Melahirkan airmata hamparan..

Hidup..
Dalam kegelapan..
Teraba-raba mencari kebenaran..

Hidup..
Dalam kesenangan..
Berlumba-lumba mengejar kemewahan..

Lalu di manakah terletaknya kebahagiaan hakiki??
Yang dapat menyelamatkan diri insani..
Dari ditenggelami kehidupan duniawi..

Lalu di manakah kekuatan??
Untuk bisa meneruskan perjalanan..
Di dalam kesesakan dugaan dalam kehidupan..

~Sesungguhnya besarnya ganjaran itu dinilai pada besarnya bala’ yang menimpa. Dan sesungguhnya Allah itu apabila mencintai sesuatu kaum, maka akan mereka itu diberi dugaan. Oleh sebab itu barangsiapa yang redha – dengan ujian yang menimpa, dia akan memperoleh keredhaan Allah dan barangsiapa yang tidak maka padanya kemurkaan Allah. (Riwayat al-Tirmidzi, al-Albani menyatakannya sebagai hasan dalam Sahih dan Dha’if Sunan al-Tirmidzi)

ALLAH SWT berfirman…

ALLAH tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya.” ( Al baqarah :286 )

Dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai dugaan; dan kepada Kami-lah kamu semua akan dikembalikan. [Al-Anbiyaa’: 35]

“Dan sungguh akan Kami berikan cobaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar,.”(Al Baqarah 155)

Subhanallah.. Alhamdulillah…AllahuAkbar
Kini aku mengerti..
Setiap yang terjadi ada hikmah tersendiri..
Allah uji tanda sayang..
Aku harus kuat dan sabar..
Kerna aku pasti…
Akan ada perkara lebih baik menanti…
Ingatlah.. Apa yang ditetapkan Allah untuk kita itulah yang terbaik!.

By Wan Nur Hasyimah dari http://myibrah.com/kehidupan-bahagia-dalam-dugaan

Thursday 11 October 2012

HR#31 Video Kreatif yang SANGAT MENAKUTKAN

As salamu alaykum

*Perhatian kepada para penonton : Video ini mungkin akan menyebabkan anda berubah seperti loya tekak, mual2, mula berperasaan marah dan tidak sesuai bagi penonton berusia.
TriCoTaDoShop Tahun 2 BED sesi 2011/2012 semester 2.
QR code untuk link ke video ini.

Nanti HR bagi link ke blog kayy, Sementara tu, yang ada qr code ni je. Sorry !

Saje buat suspen. Sebenarnya takde pape pun. Saje HR nak share video untuk group porject HR bagi subjek Multimedia. :) Enjoy ! Sedih sebab ni je yang termampu buat. Tapi so far, kami sangat berpuas hati dan gembira dalam menyiapkan video ni. 

Wednesday 10 October 2012

HR#30 PreWed in Advance.

Assalamualaikumm...

Takdelah PreWed sangat. Tapi sebab dah janji pakai baju warna biru kan. So, kembar HR cakap dah macam gambar PreWed dah. So, boleh je lah. :D Lagipun baju yang HR pakai ni, baju kembar sebenarnya. Hee. So, lets the pictures tell the story. :D



A Famosa Garden






L.O.V.E.

" Ya Allah kau permudahkanlah segala urusan hambamu ini jika ini takdir jalan hidup kami. Jika tidak, kau tunjukkanlah kepada kami, sebenar benar petunjuk." Amin.

Thank you Zaki , Bella and Eca for this wonderful trip. Especially MAR. ;)

Malacca , 2012

Tuesday 9 October 2012

HR#29 Sabarlah wahai hati-hati itu

As salamu alaykum...

Pernah hatiku luka pedih
Kerana dicalari cinta penuh duri
Lemas aku dalam dilema
Kata janji manis sungguh tak bermakna

Mencarimu kasih bagai mencari mutiara putih
Walau ke dasar lautan sanggup ku selami
Namun tak percaya apa yang telah aku terjumpa
Kau sebutir pasir tak berharga

Demi cinta yang suci
Ku rela korabnkan kepentingan diri
Demi sinar bahagia
Ku hambakan diri padamu yang Esa

Baru kini kurasai nikmat cinta yang suci
Tiada terbanding cinta yang kau beri
Ranjau yang berduri akan aku tabah menempuhnya
Menyubur iman di dalam djiwa

Demi cinta yang suci
Ku rela korbankan kepentingan diri
Demi sinar bahagia
Ku hambakan diri padamu yang Esa
Demi cinta hakiki
Kusanggup redahi apa yang terjadi

Apalah erti cinta suci
Andai janji-janji sering dimungkiri
Apalah erti cinta murni
Andai kata-kata sering didustai

#Saya nak jadi mutiara.

Friday 28 September 2012

HR#28 Meowsss Aw aw

Assalamualaikummmm aww

Post kali ni nak kenalkan anak HR dengan housemate HR dekat rumah sewa ni yang kami dah jaga selama lebih kurang 3 bulan dah. :)

Dia comel, manja, garang dan kelakar. Dia nakal sangatttt. Sekarang dia dah besar dah. Dah jadi anak dara dah. Dia dah ada boyfriend dah. Selalu jugak berdating dengan boyfriend dia. Tapi kami tak halang pun. Suka hati dia lah kan. Tapi yang bagusnya hubungan mereka tak lebih. Hanya berkawan sahaja. :)

Yang geramnya, bila bosan dekat dalam rumah, dia mula lah keluar. Kadang-kadang satu hari tak nampak batang hidung. Malam baru nak masuk rumah. Geram lah jugak. Tapi nak buat camne. Terima je lah. Kadang-kadang balik makan dengan minum je. Lepas tu keluar balik. Nakal betul.

Tapi kami dah decide nak bagi dia dekat orang. Bukan apa, nak hormat rakan housemate yang lain. Lagi pun ada yang boleh jaga dia dengan lebih baik lagi. Takpela, boleh jumpa jugak nanti. Tapi taktau la betul ke tak jadi nak bagi orang. :(












Inilah dia. Helena namanya. :) Dia betina, 4 months old kot. :D

K, tata. :) Tiba-tiba rasa sayang kan nak bagi orang. Bosan nanti kat rumah. :S







Wednesday 26 September 2012

HR#27 Belum sampai waktu kita

Assalamualaikumm..

Sekarang kan ramai sangat teman-teman, rakan-rakan, kawan-kawan, yang dah pun selamat menyelami alam perkahwinan. Perkongsian hidup diantara dua insan. Pengakhiran hubungan dengan sesuatu yang halal. Impian setiap insan kan. ;)

Ingat HR pun nak camtu jugak. Masa belajar. 21 tahun. Tapi masa tu tak fikir panjang. Nikah kahwin bukan perkara mudah. Bukan semudah akad. Tapi bukan juga sesusah membina masjid. Cuma memang banyak benda yang nak kena ambil kira. Sebelum, sedang, dan selepas. Mental, fizikal, zahir dan batin.

Yelah, tengok ada yang 19 tahun kahwin dah. 20 tahun ada anak dah. Bukan keinginan yang tak senonoh tu, tapi keinginan nak perkara ini berakhir dengan perkahwinan. Tak salah kan ? Tapi, rezeki masing-masing. Rezeki, ajal maut di tangan Allah. Belum tiba masa, belum tiba waktu, belum tiba seru, untuk kami. InsyaAllah ada juga nanti. ;)

Tahniah buat rakan yang dah pun menjalani kehidupan berumah tangga. Tahniah yang dah ada baby. Tahniah juga kepada yang bakal mendirikan rumah tangga. :) 

#Kita hanya mampu merancang, hanya ALLAH yang menentukan segalanya. Redha, hajat, tawakal itu penting kan.
#Kami hanya nak perkara ini berakhir segera. Ya, segera.
#2014 ? 


Sunday 16 September 2012

HR#26 Awan Nano

Assalamualaikummm.



Heee, tu dia awan nano HR. :D Application dari Facebook. But hey, its funny. How come MAR can be the same with Hafiz? Hafiz is more chubby than MAR. :D Maksudnyaa, HR pun ada awan nano HR jugak. Oh, MAR. :)

K, tata

Friday 14 September 2012

HR#25 Nak jugak wishlist please.

Assalamualaikummm.




HR punya :
  1. Fujifilm Instant Camera
  2. Pink Digital Camera
  3. Gold Bracelet and Anklet
  4. Couple Wristwatch (With MAR and HqR)
  5. Plasma TV (Pink ?)
  6. Long Coat (Pink / Brown)
  7. Pink Travel Bag / Hiking Bag
  8. Pink Bicycle
MAR punya :
  1. HR's Wishlist - HR yang tulis ni. :DD




Pssst : Dont give girl any chance to make wish. It will be long one. :D

Thursday 13 September 2012

HR#24 Kak long dah kawen

Assalamualaikumm...



Entry khas untuk Kak Long yang baru sahaja melansungkan perkahwinannya. ;) Tahniah Kak Long.
Hep, hep, ni bukan Kak Long HR atau MAR tau, tapi Kak Long yang HR kenal di UTHM ni. 

Kak Long ni peramah sangat. Senang nak gila gila dengan dia. Tapi dia dah jadi isteri orang kan, tak boleh la nak suruh dia layan kepala HR lagi. Isk isk.

So far, Kak Long je la di antara orang yang rapat, selain family yang dah mendirikan rumah tangga. ;)

HR dan MAR ? Lamaaaaaa lagi. Dulu ingat macam dah nak tiba masanya jugak tau, tapi takpelah. It's take time right. Mak pun cakap habis belajar dulu. Lamaaa lah lagi tu. Ada lagi 2 tahun. Lepas Degree insyaAllah Master pulak. Either Master in Microelectronic or Master Education in Electric ? :/ Lama lagi nak fikir. :)

Takpelah, HR pun kena lah ada kerja dan pengalaman dulu. Boleh tolong MAR kumpul duit. Hik Hik.

HR bukan lah gatal sangat nak kawen, tapi its every girls dream kan. 


K, tata


HR#23 Mereka ?

Assalamualaikum...

 The one I called Pink ?

 Without spec, almost the same with MAR. ;)



Gifts from MAR. ;) For my birthday. I love the most, the bear called Danny that holding the scroll of Degree (as for me lah). 



Friday 7 September 2012

HR#22 Islam tak ? Selamat Hari Raya !

Assalamualaikummmm. :)

Selamat hari raya maaf dipinta semoga dimaafkan segera jangan disimpan di dalam jiwa senyum dan jangan ada dusta. Err. :D 


Tajuk tu saje kasi geram. Geram ke? Memang tengah geram sikit ni. :P Hee. Maafkan sahaja lah salah silap orang kat kita semua. Walau apa pun sekali salah mereka. Boleh ?

Kami, HR dan MAR mengucapkan selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan juga batin. Masih tak terlambat kan untuk sampaikan ucapan? :) Syawal kan sebulan. Hari raya ni lah masanya nak kumpul duit raya. Eh? Salah niat dah tu. Hari raya kan hari kemerdekaan umat islam. Hari dimana semua umat manusia yang beragama Islam saling bermaafan dan memaafkan diantara satu sama lain. Kan?

Hee, HR pun taknak lepaskan peluang nak sampaikan ucapan. Walaupun ada diantara korang yang baca entry ni tahun 2013. :D

Peringatan akhir dipetik dari status rakan facebook 


"kita nie nak buat perangai pon, tak payahla hat pelik-pelik sangat. buat susah orang ja nak kena melayan."

;)

Okay, tata ! :D Nanti HR tambah gambar eh.

Saturday 28 July 2012

HR#21 Selamat Ramadhan. ;)

Assalamualaikum.....

Lama dah tak update. Takdelah busy mana. Cuma idea, zero ! Hee, di kesempatan ini, kami MAR dan HR nak mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa kepada semuaaa ! :) Masih tak terlambat lagi kan? Baru ramadhan ke 8. ;) Pejam celik dah 8 hari dah. Pejam celik lagi, habis dah puasaa.


Jangan tinggal puasa sudah. :D Dan jangan asyik ingat nak raya je sampai amalan masa bulan puasa pun tak buat. Terawih, bersahur, berbuka puasa, itu semua amalan setahun sekali. :) Dapat pahala pula tu. Kadang2 MAR dan HR pun tak sahur jugak. Bukan apa, kadang2 badan penat mengalahkan kerja buruh, sahur pun tak terjaga. Alarm macam hape berbunyi sebelah telinga pun masih tak sedar. Kadang2 u ols pun camtu juga kan? :D 




Cett, tulis blog macam dah established rasa macam ramai orang baca je. Takpelah. Sendiri baca pon boleh. Hari itu dak Salina dengan dak Beth buka blog ni depan HR. Maluuuu sangat. Awat la malu kan? :DD Haha. yelah, time tulis HR je yang baca sorang2. Dah siap tulis, share kat MAR and Twinnie untuk baca. :D 
Okay, okay, mintak ampun maaf jika terkasar bahasa tersilap cara ye. Belum raya lagi. :D Hari raya mintak maaf lain pulak. :D


Perkara yang terjadi masa sepanjang 5 bulan lepas. Banyakkk. Tak dapek la nak cerita semua kat sini. Selingan jelah ye.

*Habis semester 4 sudahhh. Dengan ini, tahun 2 sudah berakhir. Lepas tu dah tahun 3 dah. Dah jadi super senior dah. :D Result pun dah dapat. So far, so good. :)


*Berita tergempar dan paling menyedihkan, kena buat short sem bulan 7 dengan bulan 8. Bulan puasa tuuu. :| Tapi takpelah. Kalau ikutkan tarikh sekarang, lagi 3 minggu je nak habis. Betul2 minggu last puasa. Nasib badan kawan2 yang dok jauh hok utara, timur. Sabar jelah.

*Birthday tarikh sangat lawa. Sekali seumur hidup. 12/6/12/ :) Walaupun hadiah birthday HR dapat lambat, tapi takpelah. Tak kisah pun pasal hadiah. Dah 21 okayyy. ;) Tak main lah hadiah. Hidup perlu diteruskan. Bertambah umur bukan bermaksud panjang, tapi semakin pendek umur. :S

*Pergi holiday one day kat Melaka. Hoyeah. Hadiah birthday. 30/6/2012 Dapat jugak hadiah rantai leher dari MAR dan jam tangan dari Twinnie. 

Okay, habis dah merepek. Tata.



Friday 3 February 2012

HR#20 Short Entry

Assalamualaikummm. :)

Only a short entry to post Mr. Bean's dance that I found just now. :))
Hee, saje nak bagi korang fun sikit. Cute kan Mr. Bean. :D Try ar dance macam tu okayyhhh! :)
Ok, see yaa!


HR#19 I miss a letter. It was.....

Assalamualaikummmm. 



ABCDEFGHIJKLMNOPQRSTVWXYZ


Oh, I miss a letter again. It was U !  :(
It was MAR (Comot) X)

Got from one of my friend's wall Facebook status.

Psttt, Comot cuti weekend ni. Hip hip hooraaayyyh! :)

Plans : Jogging , Badminton . Yeay, lots of fun !

This Monday pulak maybe ada girls day out. Oh, mesti best gilaaaa. :) 

Can't wait for both day out. :) 


Ok, tata! :)

Monday 30 January 2012

HR#18 Surprise Birthday Partayyy!

 Assalamualaikummm.... :)
(tak jawab dosaaa.)

Okayyy, last Thursday my brother buat surprise birthday party untuk his wife, kak Eton. :) 

Untungla kannnn. :) Okayy, let the pictures tell the stories. :D


My brother and my sis in law.


Comot dengan baby Amsyar. :D



Elletonz Family. 



My second sister, hubby and son (in white).















Then, pictures of us. :D Using Samsung Galaxy Note. XD

And my most favourite picture is...... 


Comot trying to make his eyes look like mine. XD So comel syg!

K, tata u ols. :)