Nuffnang

Tuesday 23 October 2012

HR#35 Jangan suka warna merah jambu.

Assalamualaykum...

Semua orang ada warna kegemaran kan. Warna feveret lah katakan. Everyday nak pakai warna tu je ( kalau boleh). Kalau beli barang nak cari yang warna tu je. Kalau warna warni pun, nak kena ada warna tu jugak walaupun sikit. Tapi tu dah nama fanatik atau maniac. :D

So, HR pun nak cerita warna feveret HR. Merah jambu. Tengok tajuklah beb. :D Hehe. Tapi tajuk cakap jangan suka warna merah jambu. Kenapa ye ? Sebab nanti sebuk jelah. HR suka merah jambu, kauorang pun suka merah jambu. :D



Teka Benda. Apakah ?


Nur El Qhalisya Irdina. Nak phone punya pasal.


Qisha at Ikea.


Pink and Blue ;)

Yang paling penting jangan suka merah jambu okay. ;D



Monday 22 October 2012

HR#34 Goreng Lab Report. Apakah?

Assalamualaykum

Biasalah enginnering student akan ada lab report every semester sebagai penilaian kefahaman bagi kelas makmal dan praktikal. Tinggi guna bahasa HR ni kan. Haha

So, menggoreng Lab Report adalah perkara biasa bagi kami lebih2 lagi HR yang dah amalkan menggoreng Lab Report dari tahun satu lagi. Hewhew.

Nak goreng Lab Report senang je. Sediakan Lab Report, dan mula menggoreng dengan minyak murah atau mahal (ikut selera) dan kuali yang sederhana panas. Takut hangus nanti. Fail pulak. ;D

Tips sebenar menggoreng Lab Report:
-ambil input output yang diberitahu lecturer dari mula dia briefing sampai la nak tamat masa kelas. (Amat berguna untuk buat discussion)
-Theory yang ada dalam lab sheet tu jangan dipersiakan. (Amat berguna untuk buat soalan dalam Lab Report)
-Tanya lecturer berkenaan segala graf sepanjang experiment. (Berguna untuk data analysis dan observation)
-Objektif dalam lab sheet jangan buat tak nampak. (Berguna nak buat conclusion)


Sebenarnya HR sedang buat lab report. Dan dalam masa yang sama sedang menggoreng jugak. ;)
Selamat menggoreng.

Sunday 21 October 2012

HR#33 UTHM jadi famous pun sebab....

As salamualaykum

Selamat pagi semuaaaa. ;) Setiap pagi kena ada mood yang hebat barulah hari tu jadi hari yang hebat. InshaAllah.
Test pada hari Sabtu dan Ahad. Sabar je lah. Selagi kita masih mahasiswa, kenalah terikat dengan tanggungjawab sebagai seorang pelajar.
HR nak sambung study untuk paper pukul 11 pagi nanti.
Pst: HR tak malu mengaku HR mahasiswa UTHM. Bukan pada nama yang HR sanjung. Tapi pengisiannya. Pada pensyarahnya, dan khidmat sistemnya. HR bersyukur. Selama belajar, semua masalah dapat diselesaikan.



Baju konvo kakak dan abang senior. Bestnya konvo ! Tahniah warga yang sedang, akan, dan telah berkonvo ! Especially, warga UTHM ;) TAHNIAH !

InshaAllah, adik junior ni akan ikut jejak langkah senior semua. Aminnn. :)

Friday 19 October 2012

HR#32 Biarkan masa terhenti.

As salamu alaykum. :)

Dugaan dan ujian itu pasti. Dugaan dan ujian adalah yang setimpal dengan daya kita. Kita mampu menganganinya dengan berusaha dan berserah kepadaNya. Dan Allah tetap sayang kita.

Kata-kata hikmah.


Daripada Ibnu Umar R.huma bahawasanya Rasulullah SAW bersabda, “Orang Islam itu adalah saudara kepada seorang Islam yang lain, tidak boleh dia menzaliminya atau membiarkannya dizalimi. Sesiapa yang memenuhi hajat saudaranya nescaya Allah akan memenuhi hajatnya dan sesiapa menolong seorang Islam lain untuk melepaskan daripada satu kesusahan nescaya Allah akan melepaskannya daripada kesusahan dan penderitaannya dihari kiamat. Sesiapa yang menutup keaiban seseorang Islam nescaya Allah akan menutup keaibannya di hari kiamat”.

Curi dari http://himpunankata-katahikmah.blogspot.com/


Hidup..
Penuh Dugaan..
Penuh Ujian..

Hidup..
Tak lekang dari cobaan..
Melahirkan airmata hamparan..

Hidup..
Dalam kegelapan..
Teraba-raba mencari kebenaran..

Hidup..
Dalam kesenangan..
Berlumba-lumba mengejar kemewahan..

Lalu di manakah terletaknya kebahagiaan hakiki??
Yang dapat menyelamatkan diri insani..
Dari ditenggelami kehidupan duniawi..

Lalu di manakah kekuatan??
Untuk bisa meneruskan perjalanan..
Di dalam kesesakan dugaan dalam kehidupan..

~Sesungguhnya besarnya ganjaran itu dinilai pada besarnya bala’ yang menimpa. Dan sesungguhnya Allah itu apabila mencintai sesuatu kaum, maka akan mereka itu diberi dugaan. Oleh sebab itu barangsiapa yang redha – dengan ujian yang menimpa, dia akan memperoleh keredhaan Allah dan barangsiapa yang tidak maka padanya kemurkaan Allah. (Riwayat al-Tirmidzi, al-Albani menyatakannya sebagai hasan dalam Sahih dan Dha’if Sunan al-Tirmidzi)

ALLAH SWT berfirman…

ALLAH tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya.” ( Al baqarah :286 )

Dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai dugaan; dan kepada Kami-lah kamu semua akan dikembalikan. [Al-Anbiyaa’: 35]

“Dan sungguh akan Kami berikan cobaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar,.”(Al Baqarah 155)

Subhanallah.. Alhamdulillah…AllahuAkbar
Kini aku mengerti..
Setiap yang terjadi ada hikmah tersendiri..
Allah uji tanda sayang..
Aku harus kuat dan sabar..
Kerna aku pasti…
Akan ada perkara lebih baik menanti…
Ingatlah.. Apa yang ditetapkan Allah untuk kita itulah yang terbaik!.

By Wan Nur Hasyimah dari http://myibrah.com/kehidupan-bahagia-dalam-dugaan

Thursday 11 October 2012

HR#31 Video Kreatif yang SANGAT MENAKUTKAN

As salamu alaykum

*Perhatian kepada para penonton : Video ini mungkin akan menyebabkan anda berubah seperti loya tekak, mual2, mula berperasaan marah dan tidak sesuai bagi penonton berusia.
TriCoTaDoShop Tahun 2 BED sesi 2011/2012 semester 2.
QR code untuk link ke video ini.

Nanti HR bagi link ke blog kayy, Sementara tu, yang ada qr code ni je. Sorry !

Saje buat suspen. Sebenarnya takde pape pun. Saje HR nak share video untuk group porject HR bagi subjek Multimedia. :) Enjoy ! Sedih sebab ni je yang termampu buat. Tapi so far, kami sangat berpuas hati dan gembira dalam menyiapkan video ni. 

Wednesday 10 October 2012

HR#30 PreWed in Advance.

Assalamualaikumm...

Takdelah PreWed sangat. Tapi sebab dah janji pakai baju warna biru kan. So, kembar HR cakap dah macam gambar PreWed dah. So, boleh je lah. :D Lagipun baju yang HR pakai ni, baju kembar sebenarnya. Hee. So, lets the pictures tell the story. :D



A Famosa Garden






L.O.V.E.

" Ya Allah kau permudahkanlah segala urusan hambamu ini jika ini takdir jalan hidup kami. Jika tidak, kau tunjukkanlah kepada kami, sebenar benar petunjuk." Amin.

Thank you Zaki , Bella and Eca for this wonderful trip. Especially MAR. ;)

Malacca , 2012

Tuesday 9 October 2012

HR#29 Sabarlah wahai hati-hati itu

As salamu alaykum...

Pernah hatiku luka pedih
Kerana dicalari cinta penuh duri
Lemas aku dalam dilema
Kata janji manis sungguh tak bermakna

Mencarimu kasih bagai mencari mutiara putih
Walau ke dasar lautan sanggup ku selami
Namun tak percaya apa yang telah aku terjumpa
Kau sebutir pasir tak berharga

Demi cinta yang suci
Ku rela korabnkan kepentingan diri
Demi sinar bahagia
Ku hambakan diri padamu yang Esa

Baru kini kurasai nikmat cinta yang suci
Tiada terbanding cinta yang kau beri
Ranjau yang berduri akan aku tabah menempuhnya
Menyubur iman di dalam djiwa

Demi cinta yang suci
Ku rela korbankan kepentingan diri
Demi sinar bahagia
Ku hambakan diri padamu yang Esa
Demi cinta hakiki
Kusanggup redahi apa yang terjadi

Apalah erti cinta suci
Andai janji-janji sering dimungkiri
Apalah erti cinta murni
Andai kata-kata sering didustai

#Saya nak jadi mutiara.