Nuffnang

Wednesday 28 December 2011

MAR#5 KISAH SUAMI YANG TABAH

assalamualaikum....

bila waktu terhenti-opick

entry kali ni aku nak menceritakan kisah yang terjadi pada seseorang yang sudah aku anggap sebagai pakcik kandungku sendiri.....kisah percintaan dan pengakhiran yang memilukan terjadi pada insan bergelar suami...
aku akan guna nama samaran pakcik aku sebagai ADAM dan istrinya HAWA


pakcik adam adalah seorang yang baik hati....seorang yang kuat bekerja....lingkungan umur pakcik adam dalam 40-an.. hidupnya dulu penuh dengan kekecewaan dalam percintaan.....pakcik adam pernah bertunang tapi jodoh tidak memihak kepadanya...pihak perempuan memutuskan pertunangan tersebut....kejadian seumpana itu berulang beberapa kali....sehingga dia serik untuk mencari pasangan hidup...


hidupnya sepi....hanya bertemankan kedua ibu dan bapanya yang sudah pun tua.....dia juga seperti manusia lain yang mengimpikan pasangan hidup dan mempunyai keluarga sendiri....tp ternyata dia diuji oleh allah s.w.t...dia masih belum bertemu jodoh walaupun usia sudah menjangkau 40-an.....namun dengan berkat kesabaran dan doa yang tidak pernah putus....akhirnya dia bertemua jodoh jua dengan seorang wanita bernama hawa.....ternyata lumrah manusia dan lumrah hidup didunia.....wanita yang soleha adalah untuk lelaki yang soleh.....pakcik adam dan hawa bagaikan pinang dibelah dua....setelah berkenalan dan memahami hati budi masing-masing akhirnya mereka berkahwin.....


alhamdulillah....majlis perkahwinan mereka sangat-sangat meriah....dihadiri oleh ramai orang...aku turut tumpang gembira dimajlis perkahwinan mereka....selepas berkahwin aku lihat kehidupan pakcik adam lebih teratur...almaklumlah...orang sudah beristeri....makan minum disediakan....kain baju juga disediakan....senang cakap bertuah pakcik adam dpt hawa yang aku lihat sebaik-baik wanita penah aku jumpa....


rezeki di tangan allah...akhirnya hawa mengandungkan anak pertama mereka.....pakcik adam sangat gembira kerana mereka akan dapat orang ketiga yang akan menyinarkan cahaya dalam kehidupan mereka....
kehidupan pakcik adam dan hawa semakin bertambah bermakna dan semakin bahagia.....alhamdulillah


setelah genap 9bulan 10hari hawa akan melahirkan anak sulung mereka.....aku masih ingat....masa tu hari jumaat dibulan ramadhan...pakcik adam tunggu diluar bilik bersalin dengan sabar dan tenang....setelah lebih 30minit keluar doktor dari bilik bersalin tersebut....pakcik adam terus meluru mendapatkan doktor tersebut dengan gembira kerana dalam pemikiran pakcik adam hawa telah selamat bersalin....namun berita yang doktor tersebut sampaikan membuatkan aku tersentak dan membuatkan aku sangat sedih kerana aku betul-betul tak sangka dengan kejadian ini.....doktor hanya menyampaikan sebaris ayat dengan nada yang hiba "adam....maafkan saya....isteri awak meninggal dunia akibat pendarahan" setelah mendengar berita tersebut pakcik adam mula mengaliran air mata dan terduduk di lantai hospital sambil menyebut perlahan "innalillahiwainnalillahirojiun"......sekali lagi pakcik adam diuji oleh allah s.w.t dengan pemergian isteri tersayangnya....


pakcik adam masuk ke bilik bersalin tersebut dan melihat sekujur tubuh kaku terbaring dan disisinya ada bayi yang menangis kuat seperti tahu akan kehilangan ibunya.....pakcik adam menyelak selimut yang menutupi wajah isterinya...wajah isterinya tidak menunjukkan riak-riak sakit tp tersenyum dan aku dapat lihat seperti dia pergi dengan sangat tenang.....pakcik adam mengucup dahi isterinya buat kali terakhir


allah s.w.t saja yang tahu bagaimana perasaan pakcik adam ketika itu....mereka bersama buat genap setahun sebelum hawa pergi selama-lamanya....pakcik adam megnuruskan jenazah hawa dengan penuh ketabahan dan kesabaran.....walaupun perit untuk terima....tapi pakcik adam kuatkan juga semangatnya.....setelah selesai majlis pengkebumian hawa disiang hari.....waktu malam dikejutkan pula dengan kematian anak sulung mereka yang baru dilahirkan itu...dalam hati aku "ya allah...dugaan apa yang kau berikan kepadanya" belum pun sempat meratapi pemergian isterinya pakcik adam kena pula terima kenyataan bahawa anak sulungnya pergi mengikuti jejak isterinya.....


pakcik adam kehilangan semuanya dalam sekelip mata....aku lihat dia hanya mampu terduduk disudut dinding rumah dengan airmata berlingan keluar dan mulut hanya menyebut "ya allah" "ya alah" tanpa henti....aku sendiri turut mengalirkan airmata...keadaan jadi pilu dan hiba....jenazah anaknya dikebumikan malam itu juga.....


bermula la kehidupan baru pakcik adam....tiada lagi yang menyediakan sarapan pagi untuknya.....tiada lagi yang sediakan pakaian untuknya...tiada gelak tawa hawa bersamanya lagi......


pakcik adam hanya mampu berdoa supaya allah s.w.t gagahkan semangatnya....dan setiap kali selepas solat dia tidak pernah lupa walaupun sekali untuk mendoakan roh isterinnya dan anaknya....


semoga hawa diletakkan disamping orang-orang beriman dan semoga pakcik adam dan hawa akan betemu lagi disana pada 1hari nanti....insyaallah~~


No comments:

Post a Comment