Nuffnang

Friday 28 September 2012

HR#28 Meowsss Aw aw

Assalamualaikummmm aww

Post kali ni nak kenalkan anak HR dengan housemate HR dekat rumah sewa ni yang kami dah jaga selama lebih kurang 3 bulan dah. :)

Dia comel, manja, garang dan kelakar. Dia nakal sangatttt. Sekarang dia dah besar dah. Dah jadi anak dara dah. Dia dah ada boyfriend dah. Selalu jugak berdating dengan boyfriend dia. Tapi kami tak halang pun. Suka hati dia lah kan. Tapi yang bagusnya hubungan mereka tak lebih. Hanya berkawan sahaja. :)

Yang geramnya, bila bosan dekat dalam rumah, dia mula lah keluar. Kadang-kadang satu hari tak nampak batang hidung. Malam baru nak masuk rumah. Geram lah jugak. Tapi nak buat camne. Terima je lah. Kadang-kadang balik makan dengan minum je. Lepas tu keluar balik. Nakal betul.

Tapi kami dah decide nak bagi dia dekat orang. Bukan apa, nak hormat rakan housemate yang lain. Lagi pun ada yang boleh jaga dia dengan lebih baik lagi. Takpela, boleh jumpa jugak nanti. Tapi taktau la betul ke tak jadi nak bagi orang. :(












Inilah dia. Helena namanya. :) Dia betina, 4 months old kot. :D

K, tata. :) Tiba-tiba rasa sayang kan nak bagi orang. Bosan nanti kat rumah. :S







Wednesday 26 September 2012

HR#27 Belum sampai waktu kita

Assalamualaikumm..

Sekarang kan ramai sangat teman-teman, rakan-rakan, kawan-kawan, yang dah pun selamat menyelami alam perkahwinan. Perkongsian hidup diantara dua insan. Pengakhiran hubungan dengan sesuatu yang halal. Impian setiap insan kan. ;)

Ingat HR pun nak camtu jugak. Masa belajar. 21 tahun. Tapi masa tu tak fikir panjang. Nikah kahwin bukan perkara mudah. Bukan semudah akad. Tapi bukan juga sesusah membina masjid. Cuma memang banyak benda yang nak kena ambil kira. Sebelum, sedang, dan selepas. Mental, fizikal, zahir dan batin.

Yelah, tengok ada yang 19 tahun kahwin dah. 20 tahun ada anak dah. Bukan keinginan yang tak senonoh tu, tapi keinginan nak perkara ini berakhir dengan perkahwinan. Tak salah kan ? Tapi, rezeki masing-masing. Rezeki, ajal maut di tangan Allah. Belum tiba masa, belum tiba waktu, belum tiba seru, untuk kami. InsyaAllah ada juga nanti. ;)

Tahniah buat rakan yang dah pun menjalani kehidupan berumah tangga. Tahniah yang dah ada baby. Tahniah juga kepada yang bakal mendirikan rumah tangga. :) 

#Kita hanya mampu merancang, hanya ALLAH yang menentukan segalanya. Redha, hajat, tawakal itu penting kan.
#Kami hanya nak perkara ini berakhir segera. Ya, segera.
#2014 ? 


Sunday 16 September 2012

HR#26 Awan Nano

Assalamualaikummm.



Heee, tu dia awan nano HR. :D Application dari Facebook. But hey, its funny. How come MAR can be the same with Hafiz? Hafiz is more chubby than MAR. :D Maksudnyaa, HR pun ada awan nano HR jugak. Oh, MAR. :)

K, tata

Friday 14 September 2012

HR#25 Nak jugak wishlist please.

Assalamualaikummm.




HR punya :
  1. Fujifilm Instant Camera
  2. Pink Digital Camera
  3. Gold Bracelet and Anklet
  4. Couple Wristwatch (With MAR and HqR)
  5. Plasma TV (Pink ?)
  6. Long Coat (Pink / Brown)
  7. Pink Travel Bag / Hiking Bag
  8. Pink Bicycle
MAR punya :
  1. HR's Wishlist - HR yang tulis ni. :DD




Pssst : Dont give girl any chance to make wish. It will be long one. :D

Thursday 13 September 2012

HR#24 Kak long dah kawen

Assalamualaikumm...



Entry khas untuk Kak Long yang baru sahaja melansungkan perkahwinannya. ;) Tahniah Kak Long.
Hep, hep, ni bukan Kak Long HR atau MAR tau, tapi Kak Long yang HR kenal di UTHM ni. 

Kak Long ni peramah sangat. Senang nak gila gila dengan dia. Tapi dia dah jadi isteri orang kan, tak boleh la nak suruh dia layan kepala HR lagi. Isk isk.

So far, Kak Long je la di antara orang yang rapat, selain family yang dah mendirikan rumah tangga. ;)

HR dan MAR ? Lamaaaaaa lagi. Dulu ingat macam dah nak tiba masanya jugak tau, tapi takpelah. It's take time right. Mak pun cakap habis belajar dulu. Lamaaa lah lagi tu. Ada lagi 2 tahun. Lepas Degree insyaAllah Master pulak. Either Master in Microelectronic or Master Education in Electric ? :/ Lama lagi nak fikir. :)

Takpelah, HR pun kena lah ada kerja dan pengalaman dulu. Boleh tolong MAR kumpul duit. Hik Hik.

HR bukan lah gatal sangat nak kawen, tapi its every girls dream kan. 


K, tata


HR#23 Mereka ?

Assalamualaikum...

 The one I called Pink ?

 Without spec, almost the same with MAR. ;)



Gifts from MAR. ;) For my birthday. I love the most, the bear called Danny that holding the scroll of Degree (as for me lah). 



Friday 7 September 2012

HR#22 Islam tak ? Selamat Hari Raya !

Assalamualaikummmm. :)

Selamat hari raya maaf dipinta semoga dimaafkan segera jangan disimpan di dalam jiwa senyum dan jangan ada dusta. Err. :D 


Tajuk tu saje kasi geram. Geram ke? Memang tengah geram sikit ni. :P Hee. Maafkan sahaja lah salah silap orang kat kita semua. Walau apa pun sekali salah mereka. Boleh ?

Kami, HR dan MAR mengucapkan selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan juga batin. Masih tak terlambat kan untuk sampaikan ucapan? :) Syawal kan sebulan. Hari raya ni lah masanya nak kumpul duit raya. Eh? Salah niat dah tu. Hari raya kan hari kemerdekaan umat islam. Hari dimana semua umat manusia yang beragama Islam saling bermaafan dan memaafkan diantara satu sama lain. Kan?

Hee, HR pun taknak lepaskan peluang nak sampaikan ucapan. Walaupun ada diantara korang yang baca entry ni tahun 2013. :D

Peringatan akhir dipetik dari status rakan facebook 


"kita nie nak buat perangai pon, tak payahla hat pelik-pelik sangat. buat susah orang ja nak kena melayan."

;)

Okay, tata ! :D Nanti HR tambah gambar eh.