Nuffnang

Wednesday 26 September 2012

HR#27 Belum sampai waktu kita

Assalamualaikumm..

Sekarang kan ramai sangat teman-teman, rakan-rakan, kawan-kawan, yang dah pun selamat menyelami alam perkahwinan. Perkongsian hidup diantara dua insan. Pengakhiran hubungan dengan sesuatu yang halal. Impian setiap insan kan. ;)

Ingat HR pun nak camtu jugak. Masa belajar. 21 tahun. Tapi masa tu tak fikir panjang. Nikah kahwin bukan perkara mudah. Bukan semudah akad. Tapi bukan juga sesusah membina masjid. Cuma memang banyak benda yang nak kena ambil kira. Sebelum, sedang, dan selepas. Mental, fizikal, zahir dan batin.

Yelah, tengok ada yang 19 tahun kahwin dah. 20 tahun ada anak dah. Bukan keinginan yang tak senonoh tu, tapi keinginan nak perkara ini berakhir dengan perkahwinan. Tak salah kan ? Tapi, rezeki masing-masing. Rezeki, ajal maut di tangan Allah. Belum tiba masa, belum tiba waktu, belum tiba seru, untuk kami. InsyaAllah ada juga nanti. ;)

Tahniah buat rakan yang dah pun menjalani kehidupan berumah tangga. Tahniah yang dah ada baby. Tahniah juga kepada yang bakal mendirikan rumah tangga. :) 

#Kita hanya mampu merancang, hanya ALLAH yang menentukan segalanya. Redha, hajat, tawakal itu penting kan.
#Kami hanya nak perkara ini berakhir segera. Ya, segera.
#2014 ? 


No comments:

Post a Comment